Babeskin came up with whitening soap and double serum

Hello!

I review lagi satu sabun pemutihan...sorry lah kepada reader- reader yang selalu tengok muka I je keluar kat blog...mana Yana? Jangan tanyala..masing- masing busy..tak boleh nak paksa partner berblogging..so it has to be me alone...Blogging ni kena datang as a passion even writing kena ada mood, baru the thing that we write can engage with people. I guess some just take it as simply, words on pages. I'll try to keep on updating though...

Kalau you guys pernah browse to my blog, mesti you pernah nampak I review a produk by Babeskin. Beautyoat is kind of beauty innovation if you ask me sebab tak ada lagi produk Malaysia yang incooperate oat dengan collagen. Memang bagus produk dia. Just that I wish I can drink it continuously. Susah nak jumpa produk kecantikan yang bagus tapi harga murah gila. Tapi bila Babeskin ada produk baru why not I cuba dulu kan? Mesti setanding dengan produk keluaran pertama diorang.

So, tunggu punya tunggu, sampaipun barang pos berisi sabun dan serum. Honestly, I memang fobia sikit nak cuba produk- produk baru kat muka sebab muka baru je nak elok dari tragedy lepas semua sebab produk yang hampeh tu ( taknak cerita produk apa lagi, nak lupakan kisah silam tu. hehe) Inikan nak try produk baru. Tapi sebab I kenal Babeskin memang buat produk yang awesome, I ambil risiko cuba this new product.
Ini lah hasil lepas seminggu pakai produk ni. Hihi...jangan tuduh kite pakai 360 okay...Kite edit sikit-sikit je..dahla tak pakai makeup..malu la I nak tunjuk naked face.
Sabun pemutihan ni diberi nama 'Whitening Soap Pemium'  yang mengandungi Vitamin A, C dan E. Vitamin- vitamin yang penting untuk kulit.
Faedah- faedah pengunaan sabun ni seperti;
  • Melembapkan kulit
  • Exfoliate skin(membersihkan kulit)
  • Mencerahkan dan memutihkan kulit
  • Membuang sel kulit mati
  • Mengurangkan  'blemishes' dan 'dark spots'
Ingredients sabun:
  • Sodium Palmitate
  • Lactic Acid
  • Glycerin
  • CI 19140
  • CI 15985
  • Fragrance
  • Methychloroisothiazolinone
  • Methylisothiazolinone
  • Virgin Papaya Extract
Berbelit tangan nak eja benda- benda yang ada dalam sabun ni, apatah lagi nak menyebutnya. Kerja dalam medical line pun tak pernah dengar ubat sepelik ni. Apa- apa pun, I rasa tak ada ingredient yang tak elok dalam sabun Babeskin.
Cara penggunaan
Sebagai seorang yang berpengalaman dalam pemaikaian sabun buku, I memang selalu suggest kat kawan- kawan untuk potong sabun kecil- kecil, letak dalam bekas and pakai sikit- sikit sebab sabun kecantikan dalam bentuk bar senang cair kalau kena air. However, I rasa sabun ni tak berapa cair sangat bila kena air which is good sebab boleh bertahan lama sikit dan saving.

Lepas dah basahkan kawasan yang dikehendaki, guna sabun, rata dan urutkan pada kulit. Biarkan selama 2 minit bagi proses penyerapan. Basuh bersih dan lap kering.

Lepas dah cuci muka, terus tepek 'Babeskin Double Serum Premium'
Katanyalah, serum tersebut dapat memberi hasil pantas dan tahan lama untuk kulit berseri dari dalam. Ia mengalakkan sel kulit yang semulajadi menjadikan tona dan tekstur kulit lebih baik dan tiada lagi garis- garis halus, kedutan juga pori- pori besar.

I tak lalu nak taip bahan- bahan yang ada dalam serum ni..banyak sangat tetapi yang penting tak ada bahan- bahan terlarang. Satu kotak Babeskin Double Serum ada dua botol serum yang berlainan. Botol dengan label biru adalah 'Repairing Booster' dan botol label merah adalah 'Ultimate Mega Lift'.

Dua- dua botol mengandungi 15ml serum each yang fungsinya berbeza. Seperti yang disarankan, pakai serum waktu pagi dan malam, picit 1 - 2 titik pada tapak tangan dan ratakan (pat)  pada muka. Gunakan serum botol no 2 sejurus selepas serum botol  no 1 untuk kesan maksimum.

Kalau ikutkan dia cakap seminggu muka I akan nampak resultnya...apa kata korang? Serum ni pun bagus sebenarnya..sebab kebanyakan sabun dan serum yang I cuba mesti memberi kesan buruk pada muka I. Kulit muka I bukan jenis sensitif, tapi kalau salah pakai produk, terutama serum (sebab serum sangat kuat kesannya) terus muka I naik jerawat tak tentu arah esoknya tu. Bagi I, serum Babeskin tak melekit dan tak berminyak. Muka kekal lembut pakai semalaman. Sabun Babeskin juga tak bagi muka I kering lepas pakai.  Proses pemutihan pun I dapat lihat dalam masa seminggu.

I tak berani puji lebih- lebih sebab baru pakai seminggu... Tapi so far I berani recommend kawan cuba sebab dah seminggu pakai tapi tak ada kesan- kesan buruk. Cuma... bagi I, agak leceh buat serum dalam 2 botol asing. And sabun dia tak ada bau wangi- wangi. Sebenarnya memang bagus sabun tak ada bau dan tak banyak buih (maksudnya kurang bahan peluntur) tapi entahla..payah nak biasakan diri dengan sabun dengan sifat- sifat semulajadi nih..hihi..

Bolehlah cuba sendiri kalau dah cuba banyak sproduk tapi tak okay...ni mesti ok...insyaALLAH..
Product Info  photo iqayana_zps05fef8b6.gif
NAME: 

Babeskin Whitening Soap

NET WEIGHT: 50 gm PRICE: RM29- RM39 

Babeskin Double Serum Premium

NET WEIGHT: 15ml x 2 Serums PRICE: RM119- RM129 

MADE IN: Malaysia


OFFICIAL: 
https://www.facebook.com/Babeskin365
instagram.com/babeskin365official
twitter.com/babeskin365
Call them at: 
03 - 91002265
012 -2444 014
012 -2444 041
Office Address: 12-C Jalan BS9, Taman Bukit Segar, 43200, Cheras, Selangor, Malaysia.
 
Email them at: babeskin365@gmail.com
Till next time, Salam 
XOXO 

Comments

Popular posts from this blog

The Joy of Giving

{REVIEW} Travelling in style with Supermodel's Secrets: Ke Ganu kite and it's Breastpinktober!!

Beauty Clinic Mediheal Overlab Real Powder Masks by Hishop :)