Kahwin journey 2015: Borang kahwin, HIV test dan lain- lain

Conversation I had baru- baru ni with one of my family member
Me: Kau nak tolong sponsor aku kahwin tak?
Die: Kau ingat ak kaya sangat ke keje?
Me: Takla...sikit- sikit pun jadila.. nak ke tak?
Die: Kalau taknak boleh?
Me: Tapi nanti kalau kau kawin ak jugak kene tolongkn..
Die: Xpela..nnti ak yg kawin akulah handle sendiri..
Me: Ak kan family..tkkn kau taknak ak tolong lansung?
Die: Xpelah, ak kawin ngan org kaya..
Me: -_-

Actually dalam gurau2 tu, I agak terkilan dengan jawapan die..macam sombong pun ad...maybe betul kot xde duit lansung mcm I...maybe die nk sumbang dr segi lain kot....tapi what to do, family tetap family, kite tak boleh ubah pemikiran org, dia tak berada in our shoes and I'm not that type yang suke bising- bising dan luahkan perasaan face to face sebab I'm too afraid to hurt people's feeling. once keluar je perkataan dari mulut bertahi lalat manis belah kanan bibir nih mesti semua pedas- pedas so baik diam... Nampak je tough dan cekal orangnya...tapi I sebenarnya sangat- sangat emosi dan sensitif bab- bab confronting people nih. Lagi satu, memang tak suka cite buruk- buruk pasal orang especially family...tapi nak tulis ni sbb nak bgtau..sometimes orang nak kawin ni dia tak cerita perit hidup dia dalam preparation kahwin, yang nampak akhirnya semua indah- indah tapi sebenarnya..mak aihhhh..Tuhan je tau perasaan ni...jadi, kalau xnk tolong apa- apa, mohon diam dan paham kalau tetiba mood orang nak kawin ni berubah 360 darjah..hihi

 Tak taulah I pernah cerita dalam blog atau tidak yang I tak buat majlis tunang pun...sape yang follow IG atau friend kat FB taulah kot..nak bertunang pun sebenarnya tak dirancang, sampai sekarang I tak biasa nk sarung cincin tunang. Time I bergelar tunangan orang I tengah keje malam kat wad kot..Kononnya family belah lelaki nak datang risik2 nak bincang pasal majlis tunang...tup2 terus bagi cincin. I pun lagi suka takde majlis2 sebab dah lame sangat bercintan- cintun rasanya tak perlulah nak tunang dengan dia. Dah kenal sngt dengan si dia. Kami bercinta pun sejak zaman myspace lagi, Marc Zuckerberg still belum dapat idea nak buat FB. Zaman tu xde phone canggih lagi, paling canggih 3310. Hari- hari si dia pegi bergayut kat public phone dengan seplastik duit syilling. Tu yang bestnye bercinta zaman dulu, banyak rintagan dan onak berduri yang perlu ditempuhi si jejaka untuk memikat hati si gadis..chewaahhh..seakarang nih dah ad whatapps, bende dah mudah jadi people take for granted nak berkomunikasi...

Bajet:
So back to my story, lepas dah tunang atau set tarikh nikah dan majlis, ramai cakap terus set bajet. Bagi I, bajet tu memang penting, tapi baik go with the flow je...ikot kemampuan dan keinginan. Contoh, kalau teringin sangat kasut rekaan Jimmy Choo tapi tak mampu, trylah cari design yang seakan-akan tapi dalam 30hengget sudah...sekarang nih zaman teknologi, merata- rata boleh cari.
Saving mesti ada jugak..especially untuk perkara- perkara yang tak dapat dielakkan dan untuk kehidupan selepas kahwin.

Dewan/ Venue kahwin:
Venue kahwin I letak dalam list priority nombor 2 sebab dah ramai orang cakap terpaksa tangguh kahwin sebab tak ada dewan. Kalau dulu- dulu trend orang kahwin kat rumah je, janji khemah mesti tip top, kalau ala- ala arabian tu kira win habis la sebab khemah jenis tu mahai...

la ni...kalau nak kahwin mesti pakai dewan...hat mana kaya buat kat hotel tu memang makcik- makcik puji lebih...tapi bagi I, I suka buat tempat yang kurang formal...wedding ni patutnya hari untuk semua berkumpul, kenal orang baru dalam keluarga kalau dah fancy sangat sampai kene RSVP bagai...tak syok lah.... Of course, idaman setiap wanita nak ada fairytale wedding (jauh sekali dari impian lelaki! yang dia tau, nak cut bajet jeeee) tapi perlulah bersesuaian dengan bajet dan tarikh. Dewan boleh book seawal setahun tau...Dewan I pilih at first adalah dewan yang 15km dari rumah I..yang tu sekali pakej all in one bridal..I memang berkenan sangat- sangat sebab tempat die siap ada 3D Art boleh buat kelainan sikit untuk wedding. I siap bayar booking lagi...
Tapi sayang....abah tentang habis- habisan cadangan I...sebab dia nak sangat2 masak time kenduri.. I bukan ap....I suka abah masak...I terharu sangat sebab abah sanggup berpenat- penatan demi anak dia nie..tapi I kesian...takut dia penat nanti nak layan tetamu...I sampai nangis- nangis konflik masa decide venue kahwin..tau- tau je abah cakap... ' kau tak yah fikir panjang2, abah dah book dewan dekat rumah tu dgn kawan abah'  Dewan DBKL tu boleh muat dalam 250 orang dalam satu masa, aircond, xpastilah dah ada ke belum sbb tahun lepas pegi tak ada lg.. Harganya pulak RM1200.
oklah abah...anything untuk abah..

Bagi yang ambil katering, I rasa baik amik yang pakej sekali dengan andaman sebab mudah nak urus bab bajet...tapi kalau ad duit lebih dan berkenan sangat dengan rekaan Rizalman, boleh je..

Borang kahwin:
Ok, dah setel dua perkara terbesar which is bajetting and venue, dah boleh bernafas sikit sebab tu 2 perkara paling wajib dalam kenduri. yang lain- lain kebanyakkannya adat jer...biaselah...fairytale wedding punye pasal..
Alhamdulillah, bab borang kahwin ni Allah permudahkan urusan I A sampai Z especially sebab encik tunang yang ulang alik pejabat agama amik borang. And yang lagi mudah sebab jodoh I dengan org KL jugak..xpayah pening- pening nak urus borang kahwin.

1.Beli borang kahwin lelaki dan perempuan kat pejabat agama pada aktu ofis hour, sediakan duit kecil
2. Isi borang selengkapnya, ikut sebijik ejaan dalam IC.
3. Buat test HIV (Skrol bawah untuk panduan membuat test HIV)
4. Jumpe jurunikah kariah yang selalunya ada pada masjid berdekatan rumah, bergantung pada waktu beliau free.. untuk sain dan cop borang pada part pengesahan
5. Kepilkan salinan- salinan yang diperlukan:

Lelaki:
  • Kad pengenalan asal dan 2 salinan
  • 1 salinan kad pengenalan/ pasport (bagi warganegara asing) bakal isteri
  • Sijil kursus kahwin asal dan 1 salinan
  • Keputusan ujian saringan HIV asal dan 1 salinan
  • Surat akuan bujang asal daripada majikan
Perempuan:
  • Kad pengenalan asal dan 2 salinan
  • 1 salinan kad pengenalan/ pasport (bagi warganegara asing) bakal suami
  • 2 salinan kad pengenalan baru wali
  • Sijil kursus kahwin asal dan 1 salinan
  • Keputusan ujian saringan HIV asal dan 1 salinan
6. Dah setel, hantar balik kat pejabat agama untuk pengesahan dan confirmation and dah boleh nikah bila- bila masa (borang valid 3- 6 bulan je)

Ujian saringan HIV:
Untuk buat ujian saringan, boleh pilih tempat swasta atau mana- mana klinik KKM. tapi harga memang sangat berbeza..ada yang ckp buat kat swasta depa cas sampai beratus- ratus untuk satu ujian. I pilih untuk buat dengan pasangan kat klinik KKM depan kampung baru tu. Singgit je kene bayar..

Sestengah hospital dan klinik memerlukan korang buat appointment sebelum datang sebab dorang ada hari- hari tertentu..klinik yang I pegi nih walk in je...bagus betul! selesa pun selesa, orang pun xramai..tunggu sat ja dah siap.

Borang HIV ad dikepilkan sekali dalam borang kahwin, so ape pun, kene pegi pejabat agama dulu sebelum buat test, xperlu puasa ke apa..terus je

1) pegi kaunter
2) bagi IC dan pastikan tarikh dan tempat kahwin dah confirm betul2 sebab test valid 3 bulan sahaja
3) Isi borang- borang lain yang diberi oleh nurse sebelum ujian saringan
dalam borang tu macam- macam die tanya...so pandai- pandailah jawab
4) tunggu nurse panggil, dia akan explain maksud keputusan, dia amik darah kat jari je( xpyh takut jarum besar semut).
5) keputusan akan ada time tu jugak
6) kalau semua ok, borang tu kene ada cop doktor tapi selalunya kene tunggu sehari sebab doktor tak ada dalam klinik setiap masa.


Alhamdulillah...part yang complicated dah almost complete. Sekarang I tengah fokus on DIY part which I'll be sharing soon..InsyaAllah..
my DIY project agak banyak...jadi I akan pecah2kan part tu in blog coming up..InsyaAllah.....

my DIY Project:
  • VIP Gift
  • Shirt rewang
  • Kad kahwin
  • Banner and bunting for photo booth and candy booth
  • Bridesmaid gift
  • Door gift
  • Cake topper
  • Hantaran
  • Baju nikah
  • Baju rewang
Doa2kan kami ye...

Comments

Popular posts from this blog

The Joy of Giving

{REVIEW} Travelling in style with Supermodel's Secrets: Ke Ganu kite and it's Breastpinktober!!

Beauty Clinic Mediheal Overlab Real Powder Masks by Hishop :)