{Married Monday} Hantaran DIY bajet sederhana, Rezeki nak kahwin
Salam, Hello reader, InsyaALLAH.. setelah beberapa lamanya tinggal dunia blogging rasa I'm ready to be back. Rindu nak share pengalaman dan pengetahuan yang tak seberapa nih. Untuk Isnin kali ni I nak share how to jimat dalam hantaran kahwin dan akan datang, segala yang telah I lalui sewaktu kahwin akan I share kan di blog. InsyaAllah..moga2 kerajinan mengetaip tu adalah. Seathun dah berlalu harap2 tak lupa lagi.
Bagi hantaran, setelah berbincang dengan pihak suami,we decided to do 7 dulang berbalas 5. Maka bermulalah misi mencari dulang dan hiasan2 yang sepatutnya. 3 kedai most visited time mencari barang2 hiasan hantaran adalah seperti berikut sebab dulu duduk dekat cheras, so belakang rumah je and berdekatan ada satu kedai jual barang borong so I dengan mak selalu singgah beli coklat kat sana for doorgift, but tu nanti I share in next entry.
1) Fah Lean Floral Trading Sdn Bhd
No. 2 & 2A, Jalan 1/3,
Taman Industri Selesa Jaya 43300 Balakong, Selangor, Malaysia
Tel : +603-8962 3670 , +603-8961 4660
Fah Lean ni banyak jual bunga and material yang cantik2 tapi agak mahal jugak kalau material cantik2 unlles beli borong.
2) WH FloralTradingSdnBhd
No. 9, Jalan Perusahaan 3, Taman Industri Selesa Jaya, 43300, Balakong, Selangor.
03-8962 6811, 03-8962 1660.
Berdekatan dengan Fah Lean ada kedai Woon Hua, Iprefer kedai ni sebab senang parking and ada member privilege. Banyak pilihan bekas2 cantik dan bunga telur. Harga lebih kurang tapi kalau jadi ahli boleh dapat murah skit, I beli bunga telur dan bekas kaca untuk letak go pro kat sini. Boleh scroll bawah kalau nak tengok gambo. Ada satu sudut kedai dia jual barangan old stock dan defect, harga lebih murah tapi sangat berbaloi.
3) Nilai 3
Kat Nilai 3 I found out harga taklah begitu murah memandangkan duit minyak nak pegi sana lagi. Tapi Alhamdulillah, terjumpa pinggan kaca bersama dengan kaki yang esklusif buat dulang hantaran harga only RM10. Nama kedai serius tak ingat. Tapi kalau jalan2 kat situ memang mudah sangat jumpa kedai jual barang2 kahwin
4) Semua House
Tingkat bawah sekali ada satu kedai hantaran yang famous. Boleh check it out kalau kat area KL tapi I tak beli apa2 time kat sana sebab ramai orang.
Bagi hantaran, I tak ada tema yang spesifik tapi I pilih kaler pink and biru untuk bezakan lelaki dan perempuan. Dulang pertama DIY ialah cicin, frame cek beli kat Mr.DIY, bunga- bunga adalah lebihan hiasan rumah, duit RM50 mintak kawan buatkan bentuk bunga and bekas cincin beli kat kedai serbaneka je. Total dalam RM20 tak termasuk duit dan dulang hantaran.
Bagi hantaran, I tak ada tema yang spesifik tapi I pilih kaler pink and biru untuk bezakan lelaki dan perempuan. Dulang pertama DIY ialah cicin, frame cek beli kat Mr.DIY, bunga- bunga adalah lebihan hiasan rumah, duit RM50 mintak kawan buatkan bentuk bunga and bekas cincin beli kat kedai serbaneka je. Total dalam RM20 tak termasuk duit dan dulang hantaran.
Belah lelaki tempah cincin silver custom made kat FB Anggun Klasik. Harga agak mahal tapi berbaloi sebab boleh buat kenangan sampai bila- bila sebab dia carve nama dalam tulisan jawi even kat dalam pun ada tulisan.
Barang2 hiasan dulang mostly lebih kurang sama, cuma pakai balik mana barang2 terbuang. Yang buatkan bajet hantaran mahal adalah barang tu sendiri sebab fikir nak pakai lepas kahwin. Pape pun tips nya ialah bijak manage duit dan beli hanya time sale. Dan extra tips I banyak masuk contest tu yang rezeki I menang Iphone,
Beg dapat free masa event blogging,kasut masyaALLAH TUHAN JE TAHU BERATUR TIME JUALAN GUDANG VINCCI SESAK DIA CAMNE, coklat beli kat kedai borong skali doorgift and perfume tunggu sale gila2. I dapat beli VS perfume time 70% off. Kebetulan kahwin selepas raya, so time raya memang aim cari kasut, baju dan pelbagai untuk buat barang kahwin. Malas nak cite panjang2 dah, kalau ada pape nak share atau tanya, jemputlah komen.
Kain yang cantik tu family bagi, bekas tu yang beli kat WH Floral tu RM 15 je. Tangan tak ada lah kreatif sangat Nasib baik mak n yana join sekaki tolong buatkan
Tunggu next entry ya. Bagi yang nak melansungkan perkahwinan BTB semua, Good Luck. Moga2 apa yang I share menjadi inspirasi buat anda.
Assalammualaikum
SR
SR
Comments
Post a Comment
Hello & Salam pretty awesome! Thanks for stopping by, don't just be a silent reader here but be the friendly one because it's all about sharing. We took our time to read you comments and try to reply ASAP. Every comments is really important to us and thanks a lot for your effort. You're the best!