Trip to Krabi- Aonang, Thailand: 12Jam naik kereta

Hello Pretty and Awesome! Assalammualaikum...
Entry kali nie entry santai...bukan pasal beauty dan bukan pasal lifestyle sangt pun...so cite dalam bahasa je la yek...susah la nak cite panjang2 dalam bahasa omputih...kalau da Melayu tu Melayu jugakla kn..

Hampir sebulan da percutian ke Krabi..baru hari nie terasa macam nak blog...saje nak kongsi pengalaman yang tak seberapa nie..Alhamdulillah...Allah permudahkan dapat cuti...semenjak kerja ni, nak cuti pun susah...pesakit ramai, staf skit...dah tu cuti banyak buat pekasam...tapi apkan daya...redha je la...
Tapi memang kali nie rezeki bercuti...Jarang kami satu famili dapat cuti...Masing2 sibuk ngan hal sendiri...Kalau sorang cuti, yang lain kerja..dahtu nak jalan sorang- sorang ke kan...

Haaa tu la tajuk 12 Jam perjalanan...serius tak tipu...habis cramp segala bagai sendi kat badan ni terutama bahagian punggung. Tapi nak cuti punya pasal, ap pown jadi..Mesti ad org tanya, napa tak naik kapal terbang je...kalau ikutkan kos, pergi ramai2 lagi saving naik kereta la cik abang...cuma...sanggup ngan xsanggup drive je...nasib baik lah diri nie tak berani dan tak konfiden lagi bawa kereta jauh2...kalau tidak...ni la muka2 driver tetap...

Pejalanan kami bermula dari KL ke Taiping, singgah umah Atok nenek dulu. Tidur sehari kat sana pastu keesokkannya kami bertolak pukul 4 pagi ke sempadan Kedah, Malaysia - Thailand. Rancangan nak masuk Thailand ikut sempadan Bukit Kayu Hitam, Kedah tu plan kawan2 abah...Diorang naik motor konvoi kesana, tapi memandangkan kami ikut, kereta la jawapan nya..Lagi senang, bole hangkut segala bapak souvenir Thailand yang kami beli. Tapi sebelum boleh bawa kereta masuk ke Thailand, kene ad GERAN dan INSURAN. Pastu persiapan diri, haruslah ad PASSPORT. Bagi yang dah ad senanglah...bagi yang tak ad..bole buat passport dalam hari yang sama da siap...RM100 je...untuk setahun kalau tak silap.

Berbalik pada titik penolakkan, pukul 4 pagi kami gerak dari Taiping ke Bukit Kayu Hitam. Sperti yang disarankan, kalau nak masuk ikut sempadan, sebaik2nya sebelum pukul 10pagi sebab lepas 10pagi katanya banyak lori keluar masuk, nanti buang masa kat imigreen. Tu yang bertolak awal sikit. Berhenti solat subuh kat R&R pastu terus sampai pusat bebas cukai (x ingat nama sebenarnya). Kat situ banyak bas- bas, van- van perlancongan berhenti untuk makan minum, tukar duit Thailand (agak berbaloi juga tukar disini) dan isi borang kemasukkan yang wajib. Harga borang kaler biru tu 50sen je. Ad yang dapat free.

Buat masa ni, harga duit Malaysia lebih kurang RM10 bersamaan 100baht. Nilai barang di Thailand lebih kurang macam kat Malaysia. Klau nak tukar duit, lebih baik tukar kat Malaysia, kat kedai2 money exchange tepi jalan sebab kat bank kurang skit nilai die.


Siap isi borang, selit dalam passport, kami terus ke sempadan Bukit Kayu Hitam. Disitulah pemeriksaan akan dibuat. Bagi mengelakkan kehilangan passport di tempat asing, adalah dinasihatkan untuk fotokopi passport. Sebab kadang2 kalau dah jalan lupa diri bawa je fotokopi, yang original simpan kat hotel. Kami parking kereta dan beratur selama sejam untuk cop passport. Masa tu baru pukul 9pagi..tapi penuh dengan orang.

Pemeriksaan diri untuk masuk ke Thailand bagi sy amat simple, orang imigresen Thailand cuma minta passport lepas tu cop je...Kalau naik flight lagi senang dan cepat,takyah beratur...
Lepas selesai passport di cop, owner kereta perlu bawa geran kereta dan passport untuk pemeriksaan. Insuran kereta Thailand seharusnya cover untuk setiap penumpang yang turut serta dalam kereta tersebut. Jadi, kalau pergi dengan kawan- kawan, lagi ramai lagi bagus. Oh ya, lupa nak pesan, sebelum masuk ke Thailand, lebih baik isi minyak full tank terus sebab harga minyak kat Thailand adalah dua kali ganda dari Malaysia. Dan stesen minyak dari sempadan ke Krabi tak banyak. Takut2 terkandas tepi jalan.

Lepas settle, tempat first kat Thailand yang kami jumpa ialah Dannok, sebaik sahaja masuk, semua jenis line Malaysia tak boleh pakai, nak pakai pun pakai roaming. Tapi harga agak melampau. Jadi dinasihatkan bawa GPS kereta dan jangan depend dengan GPS phone sebab line xberapa cantik. Ad line Thailand yang ditawarkan untuk data sahaja. Harga lebih kurang 200baht. So, kalau amat memerlukan, belilah siap2 kat Dannok, sebab luar kawasan Dannok tak banyak kedai.

Dari Dannok, kami meneruskan pejalanan ke Krabi Town. Ingatkan dekat, rupa2nya lagi 4jam pejalanan. Beza jalan di Thailand dengan jalan di Malaysia, jalan Thailand tak luas, tak ad R&R, surau dan masjid pun tak banyak. Tandas ad dekat pump stesen minyak. Tapi tandas diorang tak macam tandas kita sangat. Especially bab kebersihan.
Sepanjang perjalanan, tak banyak kereta2 macam kat Malaysia, kebanyakkannya mesti bawak 'pickup truck' kemungkinan tulah punca rezki mereka. Ramai juga pembawa motosikal sebab minyak kat sane mahal. Apabila drive di Thailand haruslah berhati2 sebab pembawa motosikal tak semua pakai helmet. Kat Thailand xde tol tapi traffic light dan simpang memang banyak. Kalau tak ikut GPS bole sesat tau.

Setelah 4 jam perjalanan tanpa henti, kami terus ke hotel yang kami book melalui laman Agoda.com. Memandangkan kami saving bajet, Agoda menyediakan promosi2 hotel dengan harga berpatutan. Syaratnya bayar pakai kredit kad. Hotel - hotel di Thailand sentiasa penuh sebab menjadi pusat tarikan pelancong terutama di Aonang. Jika book hotel di Krabi town, harga hotel lebih murah kerana lokasi pantai agak jauh. Tapi bagi yang suka adventure dalam hutan ataupun shopping, menginap di Krabi Town lebih sesuai. Aonang yang dekat dengan pantai lebih bertepatan untuk family holiday.

Survey punya survey, kami jumpa hotel yang boleh tahan harga dan rupa di Aonang. Satu malam hanya RM60 je. Siap berhadapan dengan pool. Cuma, untuk ke pantai agak jauh dalam 5minit. 
Disebabkan murah, kawasan parking kereta Emerald Garden Resort agak terpencil, Tetapi padanlah dengan harganya. Kami book 3 bilik, 2 orang sebilik.



Keadaan bilik boleh la sekadar untuk tidur2. Melainkan kalau nak pergi vacation hanya nak duduk dalam hotel, bolehla book hotel 5 bintang. Setiap bilik ada Aircond dan kipas memandangkan cuaca di Thailand lebih panas bebanding Malaysia. Ad juga peti ais dan TV dan safety lock. Tapi semua siaran Thailand. Tak paham lansung. Takde heater atau seterika atau hairdryer. Tapi boleh minta bila- bila masa. So far servis mereka memang ok je. Untuk pengetahun, kat Thailand, mereka guna 2- pin adapater, bukan macam kat Malaysia. Jadi kalau nak betul2 prepare bawa lah adapter sendiri. Senang nak cas phone. Pakej makanan memang disediakan, tetapi kalau was- was baik xpayah beli pakej sebab kat Ao Nang amat mudah nak cari restoran Halal. Itu akan saya share pada entry yang akan datang.

Sampai disini dahulu. Harap sy bnyk membantu. Tunggukan entry kedua.
Till next time. Salam.

BACA PART 2: DISINI

XOXO
S

Comments

  1. That was so fun reading your entry this time, memang kat thai x banyak kereta macam kat Malaysia and suasana dia macam kampung2 sikit..last time I pergi yala balik umah nenek, kat yala lagi senang nak makan sebab ramai gila muslim...tapi lepas bergolak sikit2 kat kawasan tu n lepas nenek dah meninggal..x balik dah la..lepas ni x tau ada peluang pergi thailand lagi ke tak, I teringin nak ke bangkok..tapi xtau ada peluang ke tak hehe...tapi entry you kali ni sangat seronok dibaca! great time you guys family had there! =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sronok bile u ckp entry ni sronok dibaca..hehe...owwhh nenek u org sane ye...patutla cucu die pown cantik...ad mix2 org sane rupenya..Bangkok pun mcm best kn...jarang sngt travel...hopefully someday dpt pegi..

      Delete
  2. tetibe i terasa macam nak buat trip pergi thailand dengan you girls XD i've been to thailand last year for a debate tournament, kat Walailak University, Nakhon Si Thammarat. dahlah naik bas dari shah alam, pastu tiba Hatyai naik van universiti pulak, another 3 hours to the university. 3 hours tu driver bawak gila laju bak hang xyah cakap la, kitorg mcm prepare nak kne serangan jantung je. walaupun duduk sana seminggu just for debate, tapi waktu dapat pergi jalan2 before balik msia memang awesome. i really love being there, nak sangat pergi sana lagi. paling xley blah ialah tandas diorg kat stesen minyak. i cannot brain tandas macam tu XDD

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha...xbole bla driver tu...yessss mmg tandas kat stesen minyak die a bit weird n dirty...kat Msia pun ad jugak...tp kat sane lg weirdkn...sampaikan i terpakse tahan nk pegi toilet...waaahhh just imagine us girls having fun on the beach...gossip2...barbequeing...bestnye...

      Delete
  3. I don't even know how I ended up here, but I thought this post was great.
    I don't know who you are but certainly you're going
    to a famous blogger if you are not already ;) Cheers!

    Here is my web page Corn Protectors

    ReplyDelete
  4. Wow, wonderful blog layout! How long have you been blogging
    for? you make blogging look easy. The overall look of your
    web site is great, let alone the content!

    Feel free to visit my web-site Foot Pain Prevention

    ReplyDelete
  5. For latest news you have to pay a quick visit the web and on internet I found this website as
    a finest website for most up-to-date updates.

    my web site - High Arched Feet

    ReplyDelete

Post a Comment

Hello & Salam pretty awesome! Thanks for stopping by, don't just be a silent reader here but be the friendly one because it's all about sharing. We took our time to read you comments and try to reply ASAP. Every comments is really important to us and thanks a lot for your effort. You're the best!

Popular posts from this blog

The Joy of Giving

I had a Blind date with Lilac Beauty Box October 2013! Love the Yes! Nurse? Hand Cream review!

{REVIEW} Snow White Milky Pack by Secret Key