Trip to Krabi -Aonang, Thailand Part 2.

Hello pretty Ohsom! Assalammualaikum...
Mula- mula planning nak buat satu part je...tp dah macam panjang sangat...jadi tertubuhlah part 2.
Sebenarnya ikut planning, memandangkan tak pakai tourist guide, nak pergi Island hoping. Tapi mak abah tak larat. Jadi, instead of jalan- jalan kat pantai, kami banyak habiskan masa shopping kat darat. Harga barang kat Thailand ni macam sy mention, lebih kurang je dengan Malaysia. Tapi jadi jakun skit la sebab lain barangnye dengan Malaysia.
Haaa nia air milo Thailand. Hehe Harga dia 250 baht. Mahal dari kite skit kan. Rasa pun lain macam skit. Lagi sedap Malaysia punye. 

Sampai- sampai hotel kami berehat dulu sebab da terlalu penat. Satu hari habis dalam kereta je. Lepas Magrib baru kami keluar balik. Beza masa Malaysia dan Thailand adalah satu jam. So kat sane 6.30pm dah Magrib dan dah gelap.

Disebabkan terlalu penat, malam tu kami sempat pergi warung makan, singgah 7Eleven pastu balik hotel.
Ni lah warung nya. Sebenarnya kat Ao Nang ni banyak kedai makan halal. Tapi bila dah malam terus tak jumpa. Jadi kami pun main makan je la yang mana jumpa. Janji Halal.
Nampak tak macam warga negara Siam dok makan kat warung? Semua orang Thailand je makan kat situ. Nasib baik tuan punya warung pandai speaking chicken, meat and fish. Paham tu suda. Kat situ dia jual mee, kuey teow atau maggi celup je. Air, ayak kosong ja.
Harga sepinggan kuey teow celup ni 40 baht.

Lepas kenyang makan, kami ke 7Eleven nak tambah dessert. Mana kenyang perut makan mee celup je kalau nafsu makan macam harimau. Sy ni pantang shopping, 7Eleven pun boeh jadi tempat shopping.
 Fanta, kat KL pun ado tapi xde dalam botol kaca kot. Kalau ad pun jarang
 Gula- gula dengan Kollagen. Nie lagi satu pantang. Untuk kecantikan, especially untuk keanjalan kulit, Kollagen dan wanita ni macam bende wajib ad. Kalau kat Malaysia, macam- macam jenama ad. Tapi asal ad kolagen je mau harga mencecah puluhan ringgit. Silap ari bulan kalau gula2 ni masuk Malaysia pun dari 10baht boleh jadi 100baht. 

Yang nie minuman berkolagen plak. 250 baht je. Sedap pun sedap. Patutlah kulit orang2 Thailand cantik- cantik. Nak minum air kolagen RM2.50 je. Ni yang nak duduk sane nie.

Semua minuman nie halal. Selain kolagen, ad juga yang ber- gluta untuk kulit putih. Semua kiteorang hangkut balik rumah.

Mesti ad yang tau jenama Cathy Doll. Kat Malaysia dah sangat femes tapi xde la jual kat Jusco. online mmg banyk. Cathy Doll nie mmg keluaran Thailand. Da lama cari produk ni tapi tak berkesempatan nk beli online. Takut tak original. Tapi terjumpa pula kat 7Eleven, 990 baht je. Ap lagi, mesti beli la. Nanti sy review k.

Susu Meiji ni bukan jenama Thailand. Halal, tapi tak faham kenapa kat Malaysia takde. Susu nie memang sedap. Pekat berkrim, murah pun murah. Botol besar macam nie mau RM3 lebih kat KL. Tapi kat sane RM2 lebih je. Alah bukan kedekut ke ap. Tapi memang tak tipu. Feveret kat sane. Kalau pegi cuba rase baru tau.









Selain barang2 makanan, spray nyamuk, krim nyamuk dan segala bapak nyamuk ad dijual di 7Eleven. Berkemungkinan sebab cuacanya yang hujan panas, nyamuk suka sangat duduk situ. Memang boleh nampak bende nie jual merata. Memandangkan botol die kaler pink, sy beli lerr.

Kalau orang sebut makanan femes kat Thailand mesti Tomyam. Tapi kami lansung tak makan Tomyam. Nampak tak tanpa tourist guide kami agak hilang arah. Tapi takpe, dapat juga merasa penkek femes kat Thailand.
Penkek mcm nie mmg sngat terkenal kat Thailand. Merata-rata orang jual. Tapi rasa dia tak selazat penkek Malaysia kot sebab penkek dorang rase mcm roti canai tapi leper je pastu taruk coklat ke pisang ke strawberi. Macam tu je pun.

Keeseokan harinya kami yang dah lapar terus cari tempat nak bekpes. Sebab tak tau nak g mane, kami round kat Ao Nang dan jumpa Restoran Hasna.






Tu lah antara makanan yang kami order. Lansung takdak Tom Yam sebab kami memang hebat bab makan. Haha. Makan untuk 6 orang, semuanya 9000baht. Terkejut tak? Haaa RM90 hengget kau. Standard la kot kan makan kat situ dengan harga macam tu walaupun makan tak sedap mane pun. 7Eleven lagi best.


Lepas makan, kami decide nak pegi Island hoping walaupun pada mulanya mak abah tak nak. Tapi memang bukan rezeki sebab semua bot penuh time weekend. Adik je yang berpeluang join Island hoping. Untuk pengetahun, pakej Island hoping untuk seorang adalah antara 450 hingga 1500 baht bergantung pada jenis bot, berapa banyak pulau dilawati dan berapa ramai orang yang terlibat. Lagi sikit lagi mahal.



Oleh kerana plan yang xjadi, kami pun berjalan- jalan di kawasan kedai Aonang, kawasan kedai pelancong agak hambar di siang hari tapi bila malam memang penuh orang putih kat bar- bar dan lounge- lounge tepi jalan. Thailand agak femes juga bab hiburan terutama dengan kewujudan mak nyah- nyah kat sane. Barang cenderahati banyak dijual di Ao Nang. Cari lah ap pun mesti ad di Aonang untuk di bawa balik tapi harganya seakan mengaut keuntungan berlebihan sebab ni memang kawasan pelancong. Jadi bab beli barang cenderahati kami tahan dulu sampai singgah ke Krabi Town.

Nak dijadikan cerita, dengan kami yang tak tentu arah, tiba-tiba ad sorang mamat Islam, Amran tegur abah offer nak jadi tourist guide di Ao Nang. Kami tidak menolak sebab dia offer RM50 untuk 6orang bawa naik tuk-  tuk. Macam xpercaya 7 orang muat dalam 1 tuk- tuk termasuk drebar nya. Macam nak roboh je tuk- tuk tu.
Tempat first yang Amran bawa kami pergi ialah pegi berkenalan dengan haiwan yang sinonim dengan Thailand iaitu gajah.
Cas untuk menaiki gajah bagi sy agak tidak berbaloi. Tetapi untuk pengalaman, kami join jugalah.
Setengah jam untuk menaiki gajah adalah 500 baht seorang. Seorang pembawa gajah akan duduk didedan dan pandu gajah untuk berjalan. Kami diarahkan membuka selipar dan duduk atas kerusi yang diatas gajah. Firt time, rasa kulit gajah pakai kaki. Kasar macam karpet kereta. Gajah berjalan memang perlahan seronok juga mengamati pemandangan dalam hutan, Tapi panas terik nya memang terasa.
Habis menaiki gajah kami diberi peluang untuk bagi gajah makan timun. Mula- mula memang agak takut. Tapi gajah memang sangat comel dan cool sebab dia makan pelan- pelan.

Habis sesi bergajah, kami dibawa ke souvenir shop di Ao Nang. Menurut Amran, di Ao Nang memang kawasan komuniti Islam dan kedai makanan, sekolah, masjid semua ad.


Habis sesi di Ao Nang, kami pulang ke hotel untuk solat dan terus ke Krabi Town untuk ke pasar malam weekend. Sebelum pergi ke Thailand, sy dah survey tempat- tempat shopping yang patut dilawati. 'Night Market' adalah salah satu tempat yang ramai recommend. Pada mulanya, mak abah tidak berminat sebab menyangkakan pasar malam dia same mcm kat Malaysia. Tapi lepas Amran recommend, terus excited nak pergi,
Perjalanan dari Ao Nang ke Krabi Town adalah selama 3 min, lebih kurang 15km. Walaupun hari sabtu, jalan di Thailand tak jem. Jadi skejap je pejalanan.

Di Krabi Town, pantainya tidak secantik di Ao Nang. Krabi Town lebih banyak bangunan dan tempat membeli. Sampainya kami disana, kami park kereta berdekatan pantai dan sekali lagi kami disapa tourist guide di Krabi Town bernama Yus. Kami dioffer untuk dibawa naik long tail boat dn singgah di kawasan pelancongan sepanjang sungai di Krabi Town. Harga yang ditawarkan adalah RM15 ringgit seorang.

Walaupun tak dapat pergi Island hoping, dapat naik boat pun jadilah. Tempat first yang dibawa Yus adalah Khao Khanabnam Eco- Tourism and Community Life.
Harga masuk cuma RM3. Tempatnya adalah kawasan paya bakau dan berdekatan dengan gua tinggalan orang nomad suatu ketika dahulu.



Di dalam gua, anda bebas mengambil gambar patung- patung nomad yang di display. Agak seram sebab masa kami pergi da nak dekat senja.

Sehabis sahaja lawati kami ke gua, kami dibawa ke perkampungan Muslim yang berdekatan.
 Perkampungan Muslim Koh Klang Seafood ini juga merupakan perkampungan nelayan yang mencari makan dengan hasil laut dan restoran.
Kami tidak berkesempatan makan disitu tetapi kami berpeluang melihat keadaan sekelilingnya. Populasi perkampungan ini mungkin sedikit kerana tidak ramai orang kelihatan di sana.



Habis lawatan kami menaiki bot, kami terus menuju ke Maharaj Road 10
Pasar malam yang dimaksudkan berada di Maharaj Road 8 iaitu seminit masa berjalan dari tempat kami parking.
Dalam perjalanan, kami singgah di Vogue Department.

Vogue Department juga adalah salah satu tourist attraction di Krabi Town, tempat ini sama konsep seperti di Kenanga Wholesale di KL, Malaysia. Harga baju- baju di Vogue Department juga lebih kurang harga di Malaysia cuma design- design baju nya lebih kepada 'taste' org sana yang tak kene dengan citarasa kami.

Inilah kawasan pasar malam yang dikatakan. Pasar malam ni memang menjadi tarikan pelancong kerana kepelbagaian barangan disini. Jikalau nak cari buah tangan, ni lah tempat paling sesuai sebab barang- barangnya lebih murah berbanding di Ao Nang.



Jangan kata makanan ja yg ad kat sini, ad music, ad manicure dan pedicure juga.

Inilah hasil tangkapan pada hari itu di pasar malam.

 Habis menghabiskan duit, kami pulang ke Ao Nang dan sambung shopping di Ao Nang dan tidur untuk bangun awal keesokkannya untuk berangkat pulang ke Malaysia.



On the way pulang, kami sempat singgah di Big C yang berdekatan dengan Krabi Airport. Sederet dengan Big C, anda akan jumpa warehouse dept dan Tesco Lotus. Bagi yang ingin membeli barang dapur, tempat- tempat nie memang sesuai sebab ad yang cakap kat sini lebih murah berbanding Malaysia.

Dan kalau dah nama perempuan, mesti singgah tandas. So far, tandas kat Big C memang bersih dan cantik dihiasi bunga2 cinta plastik.

Dari jam 7pg bertolak sampai 7ptg baru sampai di sempadan Malaysia. Jika masuk ke Thailand agak mudah, masuk ke Malaysia pula berlawanan. Kawalan masuk ke Malaysia agak ketat dan mengambil masa sejam untuk lepas dari pengawasan pihak berkuasa. Nasib baik kami tak beli bom bawak balik. Hehe.

Tu lah secara keseluruhannya trip kami disana. Saya harap entry kali nie dapat membantu bagi sesiapa yang ingin bercuti disana. Jangan segan silu kalau nak tanya ataupun komen ya..

BACA PART 1: DISINI

Till next time, Wasallam.
XOXO
S

Comments

  1. Sekarang ramai gak member2 pergi Krabi...macam dah trend la pergi sana...

    ReplyDelete

Post a Comment

Hello & Salam pretty awesome! Thanks for stopping by, don't just be a silent reader here but be the friendly one because it's all about sharing. We took our time to read you comments and try to reply ASAP. Every comments is really important to us and thanks a lot for your effort. You're the best!

Popular posts from this blog

The Joy of Giving

I had a Blind date with Lilac Beauty Box October 2013! Love the Yes! Nurse? Hand Cream review!

{REVIEW} Snow White Milky Pack by Secret Key