Kisah pertemuanku dgn seorng ibu yg ditinggl sekangkang kera dibumi asing
Nampak mcm org biasa, tapi beratnya beban yg dipikul |
Bagi sesiapa yang sudi baca kisah yang pnjang berjela nie jadiknlah kisah nie sbagai pengajaran dan kalau x sanggup nak baca skalipun, Mohon doakan makcik nie diberi keselamatan dan ketenagan hidup dunia dan akhirat...td dlm keadaan nak hujan terpaksa drop makcik nie sbb xpandai nk bawak jln jauh...moga makcik selamat sampai ke rumah..
Makcik nie dtg melawat ank die dlm keadaan yg xupaya, tercungap2 setelah ditanya rupanya die terpaksa jln kaki, naik bas, tukar stesen LRT berkali2..sy pelik dgn keadaan mcm tu takkan sorang ank pun x bole teman...tp sy diamkan...takdir Allah, hati terdetik nk offer tumpangkn blk separuh jalan pada makcik nie..
Memandangkn anaknye lama di wad, banyak brg2 perlu dibeli.sy pun pesan pd makcik tu minta ank2nye yg lain belikan...makcik tu nampk berat hati nk ckp apa2 psl anak2nya yg lain...tibe2 bergenang air mata...dalam hati, sy fikir mungkin mereka hidup susah...satu pesanan SMS masuk lepas makcik tu minta tlg anak die beli brg..oleh kerana pandangan makcik kabur,dia minta sy bckn..dgn panggilan 'KAMU' anak die reply die xdpt beli..kamu belilah sendiri kat tngkt bawah..
Bukan mak, bukan ibu, bukan mama tp KAMU..makcik tu bertambah2 sebak...sy yg xdpt berbuat ap2..cuma dapat membantu yg termampu...
Sementara menunggu sy habis shif, makcik tu pun tggu dan makan kat kedai berhampiran...makcik tu cuma makan nasi kosong dgn sedikit kuah dan air kosong...sy bertambah pelik...xdinafikn bukan xde org susah dlm dunia nie...tapi sikit sy tanya makcik nangis..sikit tanye air mata dah bergenang...tp dia diamkn..
Dalam perjalanan nak drop makcik tu kat hentian bas, makcik bnyk tanya psl sy...sy pun dgn berlapis tanyekan dimana suami makcik...
Makcik pun mula buka cerita...dibukanlah asal Malaysia..tetapi sudah berpuluh tahun di Malaysia..sewaktu belasan tahun, suaminya org sini belajar ditmpt asal makcik, bersungguh2 nak memperisterik makcik..ibu makcik seorg guru agama dan abgnya seorg doktor pd mulanya amat berat nk lepaskn dia merantau ke Malaysia sbb berniat nak makcik sambung belajar..namun sudah jodoh bermulalah kehidupan makcik di Malaysia...di Malaysia, makcik tinggal dgn ibu dan bapa mertuanya...hari2 makcik dipukul dan dimaki kerana dendam ibu dan bapa mertuanya yg menuduh makcik punca anaknya tidak belajar walhal suaminya sememangnya seorg kaki temberang. Hari2 berseronok. Walau bagaimanapun makcik tetap teruskn kehidupan yg serba kekurangan dgn 11 org cahaya mata. Walaupun warga asing, makcik bercita2 untuk membesarkn anak2 dgn kemudahan dan kesenangan belajar supaya dapat jadi org berjaya. Suami makcik pula lepas tanggungjawab dan memutuskn untuk tidak kerja. Oleh itu, makcik berusaha menjual kuih muih untuk menyara keluarga.
Dengan hasil duit kuih muih, makcik berjaya membesarkn ank2 hingga bergelar hartawan dan juga mendapat gelaran datuk dengan penglibatan mereka dalam bidang penyiaran. Namun, mata anak2nya telah dikaburi kata2 dusta suami makcik yg telah berkahwin lain dan dengan itu makcik ditinggalkn sekangkang kera tanpa keluarga di Malaysia. Setiap kali makcik minta tlg kerana terdesak, anak2 nya akan mengeluh dan merungut.
Anaknya yg masuk hospital ni adalah satu2 nya anak yg berjasa padanya. Sekarang makcik tiada siapa lagi untuk minta bantuan kerana anak2 nya yg lain merasa jijik untuk mengakunya sebagai ibu kerana tinggal di rumah flat buruk...makcik pernah juga tidur di stesen minyak, surau dan masjid...makcik juga terpaksa ulang alik hospital seorang diri kerana apabila diminta tlg, anak2nya bg alasan kereta xmuat, kereta xde dan bermacam lagi.
Allahhu rabbi...sy yg dengar semua luahan makcik rs teramat sayu dan xsangka masih wujub lagi kisah2 sebegini..Namun diakhir cerita..makcik cuma berpesan yang die tidak punya apa didunia..semua milik Allah...makcik cuma mendoakn anak2nya yang baik2...
Kasih ibu xpernah pudar walaupun diperlaku sebegitu rupa....penat lelah die besarkn 11 org anak2nya hingga menjadi manusia..tapi bila dah sng..semua tinggal...sejijik2 manusia tu, seburuk2 manusia tu...selagi die bergelar ibu, tiada hijab bagi doanya...kalaulah makcik tu dah hilang sabar dan doakan keburukan,kejap je Allah bg cash...tp makcih tu amat tabah dan sabar...
Xdpt sy bayangkn hidup seperti makcik tu tiada tempat untuk mengadu..kte mungkin sekali sekala akan lalui saat keseorang tapi ujian yg makcik tu lalui lebih hebat...Ya Allah..moga makcik diberi ketenangan dan keselamatan hidup..
Salam,
S
Same2x kite doakan kebaikan untuk makcik tu .. amin
ReplyDeleteSame2x kite doakan kebaikan untuk makcik tu .. amin
ReplyDelete