First time naik KTMB dan last time jumpe tokwan
Hello! Assalammualaikum.. Hari nie mmg I saje nak buat blog post random memandangan dah berhabuk blog I ni.. Thank you bnyk2 kalau sudi lagi singgah blog nie walau xde ap yg mampu dihidangkn. Kalau bace tajuk mesti korang nak ckp kecoh je minah ni nk cerita psl first naik kereta api. Eh biarla...jakun naik kete api..seumur hidup xpernah naik kot.
So, bagi yg jakun jugak macam I or first time nak naik kereta api, mehla nk share skit pengalaman naik kereta api. Untuk pengetahuan korang, cara nak beli tiket KTM nie ad 2 cara.
1) Korang boleh terus pegi kaunter and beli tiket. Tapi tak semua kaunter jual tiket KTM and lagi satu tiket KTM selalu cepat habis bagi seat2 yang murah. So better terus pakai cara no .2 sbb boleh biat kat mane2
2) Beli tiket online. Daftar free and boleh pilih seat and plan trip korang.
Untuk method no 2, lepas dah bank in, korang akan dapat terus tiket. Tiket tu perlu di printkan atau tunjuk pkai phone canggih2.
Tiket tu time duduk2 conductor KTMB datang cek dalam train. Time masuk gate so far tak ada yang mintak tiket.
Bila dah confirm tiket, korang make sure datang setengah jam awal tapi selalunya time bertolak tepat2. Tak pun dia akan delay.
Tempat letak barang bagi I luas je. Bole la kalau nak usung segala bapak beg. And jangan risau kalau agak2 senang kelaparan, korang boleh bawa makanan sendiri atau beli kat kantin. Cuma harga kalau dah tu je kantin yang ad, harga memang fantastic skit la. Pilihan makanan mostly simple2 je.
Bagi sape yang risau pasal toilet, kat dalam train ada toilet tau and setiap perhentian station akan lama sikit bergantung pada keadaan. Tu yang sempat je kteorg buat fotoshoot tu.
Tapi satu je persoalan yang I tak boleh nak jawab, bab solat. I pun lupa nak tanya conductor time kat dalam train sbb time tu tak kene waktu solat. Anyway, korang mesti update psl ETS yg bakal launch dari Padang besar ke KL..sronokla..pasnie cpt je sampai kampung kan..BTW harga tiket dalam RM16 hingga RM50...kalau mcm parents I dpt diskaun 40% sbb pencen.
So far bagi I, naik train lagi selesa dari naik bas. First time naik bas I mmg frust gile sbb dahla takot je dgn bnyk warga asing pastu kene plak duduk dekat seat dgn dorang. Ish I pun bukan cerewek sangt tapi lebih kepada takut. And naik train ad aircond. Bas pun same..huhu (saje nk ckp naik train lg best)
Lepas 5 jam naik train, kami pun sampai kat Taiping. Taiping tu kampung halaman kami. Tapi sedih sebab Taiping sekarang dah mcm bandar. Dah xmcm kampung pun. Semua ad, traffic jam pun ad. Tapi tujuan utama balik kampung sebab nak jumpa tokwan.
Kalau korang penah baca entry raya, ada gambar tokwan sebelum tokwan sakit. Umur tokwan dah mencecah 80 an. Tapi masa raya tahun lepas tokwan masih mampu berdiri, berjalan dan buat aktiviti sendiri. First time tokwan kene strok terus tokwan masuk hospital.
Start jadi nurse I memang tak boleh tengok ahli keluarga jatuh sakit. Rasa mcm nak sangt tlg jagekan. Alhamdulillah I berpeluang jage tokwan beberapa kali sebelum tokwan pergi meninggalkan kami selamanya pada Jumaat lepas. Walaupun kerjaya seorang jururawat ni memang cuti susah. I bersyukur sangat Allah permudahkan urusan I pergi balik Taiping. I jugak bersyukur sebab selama 4 tahun kerja sebagai jururawat kat ICU, I dapat gunakan semua ilmu yang ada. I memang sangat berminat dengan penjagaan pesakit sampaikn bila jaga tokwan dari hujung kepala sampai kaki I ambil kira.
Korang tau tak I pelik tgok pelawat2 yg dtg wad duduk2 diam tgok pesakit kalau pesakit dalam keadaan koma...and kenapa ye? Tiap kali ad pelawat mesti selak kain nak tgok kaki??? Bole tak bgtau knape? I tanye kwn2 nurse semua ckp xtau... Macam2 sebenarnye uolls boleh buat..tolong urut2kn tgn kaki, ketipkn kuku ke paling tidak bacekn surah2 dan doa yg patut. Bisikkn kat telinga pesakit. Sebab dalam apa situasi sekalipun, telinga adalah deria yg masih berfungsi sehinggalah seseorg itu mati. Tapi kalau dalam kes pekak tak pastila pulak...
Semua yang terjadi pada bulan Mac dan awal bulan April memang amat menginsafkan. Allah memang tepati janji bahawasanya ajal itu pasti. Seminggu sebelum tokwan meninggal, paksu kemalangan dan meninggal on the way nak tengok tokwan kat Taiping. Mesti korang ad terbaca kisah paksu dalam paper atau online.
I memang terkejut dan tak sangka bila dengar berita pasal paksu pagi2 tu. Mak ayah I yang memang dah ad kat kampung sbb nk jage tokwan dah beli tiket nak balik KL. Tiba2 nak jadi mcm tu. Ya Allah....Moga roh paksu dan tokwan dirahmati dan ditempatkn dengan orang2 beriman. I kesian kat anak2 paksu yg masih kecik especially Along yang berada ditempat kejadian. Agaknya trauma x die nampak ayah dia dpn mata jadi mcm. Moga Allah permudahkan semua org yang I syg untuk hadapi hari2 yg sukar. I pernah eksiden walaupun minor je kesan dia memang menusuk kalbu...korang ad x?
Comments
Post a Comment
Hello & Salam pretty awesome! Thanks for stopping by, don't just be a silent reader here but be the friendly one because it's all about sharing. We took our time to read you comments and try to reply ASAP. Every comments is really important to us and thanks a lot for your effort. You're the best!