Sarapan seluruh negara sepanjang hari at Bites Cafe
Hello, Assalammualaikum.
Walaupun blog dah kurang aktif and berubah2, Alhamdulillah rezeki blogging still ada dan kali ni for the first time dapat opportunity untuk makan, makan dan makan.
I was contacted by lovely Stella from Foodink.com.my out of the blue ajak pegi makan kat Bites Cafe and memang I bab makan laju je. Hye, you got one life to live, why waste it on restaining yourself makan kan? Takpe2 ada lagi masa nak diet before the big day (nak sedapkan hati).
Straight to the point, konsep Bites Cafe is an all day breakfast cafe dimana uolls boleh jumpa macam2 jenis sarapan dari pelbagai negara sepanjang hari. You know what they say..'breakfast is an important meal of the day'. For those yang suka tempat makan yang boleh chillax and selfie plus makanan sedap this is a place for you. And yang paling penting for muslims, it's pork- free.
Thank to Encik tunang yang pandai capture gambar interior Bites cafe. Amacam? teruja tak tengok setting tempat dia? Selalu org kata 'don't judge a book by it's cover' tapi I rasa tempat ni mmg perfect sebab not only cantik luar, dalam pun cantik, makan pun sedap! Scroll sampai habis kalau tak percaya.
Sampai2 dgn perut kosong, tapi tak expect boleh kenyang makan sarapan je. Memang puas hati.
First dish yang dihidangkan is called
'Potato Salad'
Salad kentang ni RM9.90 boiled till soft mix with plain mayonnaise tapi yang buat special is the bawang goreng rangup and herbs. Tak pernah terfikir nak add fried onion dalam potato salad so memang hasilnya sangat memuaskan. Simple, soft and sangat light dish. Sesuai sangat sebagai mukadimah food testing hari tu.
Siapa yang prefer menu sihat boleh order 'Egg Benedict' kat Bites Cafe RM17.90. Menu salmon salai dengan bayam gred A di'sauteed' kan atau bahasa pasarnya ditumiskan drizzled dengan Hollandaise sauce, roti 'toast' rangup dibawah dan salad at the side.
Siap ad cendawan fresh. And did I tell you bekas salt pepper dia sangat unik.
Bagi peminat roti telur boleh cuba sesuatu yang lebih menarik which is called, 'The French' RM15.90 breakfast negara Perancis gamaknya, sebab tu nama dia macam tu. Basically, it's a French toast dengan chicken ham didalam dan telur mata diatas. siap dengan sos maple syrup lagi dia bagi.
"Breakfast pizza" dan of course, seperti kebanyakkan menu Bites cafe mesti ada telur sunny side up. Out of all Bites Cafe main dish menu, I suka yang nie, base roti yang nipis dan rangup topping bacon daging, baby spinach, cendawan dan cheese, mungkin jugak red baked bean yang buat I suka this pizza. Harga dia only RM14.90 untuk saiz pizza yang sederhana. Bagi I, bole kongsi 3 orang dah kenyang.
Lepas French, kami ke Italy seketika untuk cuba the 'The Italian'.
Bahasa kampungnya telur dadar (scrambled egg), bahasa bandar, 'egg frittata' dengan 'turkey ham' (ayam belanda), bawang, bayam, tomato ceri. Sedap tapi cepat muak sebab telur and I memang tak minat turkey ham kot. Rasa semacam je.
Harga RM14.90.
Obviously bila sebut tortillia semua tahu asal makanan ni dari mana kan?
Breakfast burritos ni diberi nama 'The Mexican' dalam dia ada sosej ayam, telur, cendawan dan cheese. Harga RM12.90.
Next on the menu is the 'Club Sandwich Waffle'. Selalu orang expect sandwich pakai roti. Tapi kat Bites Cafe dorang sangat kreatif gantikan roti with waffle. Tercetusnya idea guna waffle ni according to Stella sebab diorang tak dapat letak bread maker and oven yang besar dalam kitchen dorang yang kecil tu jadi, terciptalah waffle lembut dengan bacon daging, telur, salad, cheese dengan 'tartare sauce'.
Siap ada kentang goreng rangup dan paling penting presentation atas plate memang kerlasss. Harga? RM12.90 je
Cara makan sandwich memang payah kan...sebab kena masuk semua dalam mulut at one time baru dapat rasa keenakkan sandwich tu, that's why I tak minat sandwich sebab lepas makan habis comot (salahkan sandwich padahal sendiri tak pandai makan) . Untuk mereka2 yang makan comot2 boleh pilih menu 'Grilled Chicken and waffle Sandwich' kalau teringin jugak nak cuba konsep waffle sandwich sebab menu nie dia dah asing siap2 bahagian dalam sandwich and boleh makan pakai sudu atau tangan pun ok.
Grilled Chicken and waffle Sandwich RM15.90 |
Ayam grilled, sauteed mushroom, keju cair dan paling special sos cendawan 'homemade'. Memang sedap sos nya berlemak tapi tak terlalu pekat atau cair.
Siapa yang tak suka ayam tapi nak try sos cendawan Bites Cafe bole cuba 'Grilled Salmon Fillet on Crispy Potato Cake'. What I love about this, Salmon dia tak ada bau hanyir, kentang racik bawah dia dengan sos cendawan memang 'melting' sedap. and yang tabur2 kat atas tu adalah kentang halus di goreng rangup. Memang menu yang sangat 'classy' ehem harganya memang kena dengan kesedapannya RM37.90.
Lepas rasa menu2 yang berlemak ni jadi muak nak makan benda berlemak buat seketika, nasib baik Bites Cafe ada juga menu yang ringan dan simple macam 'Beef Bacon and Scrimp Pasta' Harga RM18.90.
Untuk cleanse palate, kami tak sabar nak cuba dessert dan drinks yang available kat Bites Cafe.
Pancake yang gebu ni nama dia simple je 'Berries and Banana pancake' RM13.90 served with maple syrup traditional.
Selain pancake, Bites Cafe ada menu2 pelik macam 'Affogato with crushed cranberry almond biscotti with ice cream'. I bukan orang2 yang selalu ada masa nak lepak cafe so to me, this is something new. Search kat pakcik Google sebab curious dengan nama pelik and apparently 'Affogato ni sebenarnya sejenis menu yang menyediakan sejenis kaffein (shot of caffeine) bersama ais krim pilihan dan dimakan bersama (sorrylah kalau salah info). Kat Bites Cafe, uolls boleh pilih perisa ice cream macam perisa pandan kaya atau macam I pilih, kelapa.
Cakap pasal ice- cream, Bites Cafe ada menu ais krim 'homemade' called 'The Last Polka' packaging yang comel. Ais krim buatan tempatan ni memang patut dapat award sebab dorang buat ni 100% dengan bahan asli dan mengekalkan flavor tempatan.
Antara perisa yang ada:
Horlicks, French toast, Mango, Gula Melaka, Teh tarik, Pandan kaya, Nutella, Deep dark chocolate, Strawberry cream cheese, Brown butter Almond dan Vanilla Bean.
They also have this 'Dessert Waffle topped with Gula Melaka Ice cream' RM11.90
Beza menu ni is the waffle. Waffle yang ada kat dish lain semua waffle lembut. Tapi yang ni Belgian waffle. Belgian waffle rangup dengan ais krim gula melaka memang menjilat jari sebab kombinasi rangup dan lembut ais krim memang sangat ngam.
Lastly, kalau korang tak minat air pelik2 boleh order simple fruit juice atau coffee atau latte. Walaupun menu simple, cara hidagan Bites Cafe memang taknak kalah.
Mocha |
Fruit juice |
Latte |
Hot latte |
Iced lemon tea |
Did I mention tempat dia memang awesome? Setiap inci memberi peluang untuk kaki selfie bergambar hokeyyy. Kat hujung kafe siap ada ruang special untuk bergambar with beanie chairs and cute bears.
So far, memang bagi I, pengalaman makan at Bites Cafe memang perfect sebab makanan boleh tahan sedap, tempat pun cantik, lokasi yang tak terlalu sesak and of course, dapat jumpa kawan- kawan baru blogger yang memang friendly.
Weekend ni tak pasti nak lepak mana? Bolelah try
Bites Cafe
72 Jalan Tasik Utama 7,
Lake Fields Sg Besi,
57000 Kuala Lumpur.
03-9055 4438
Mon - Thu: 9:00 am - 10:00 pm
Fri - Sat: 9:00 am - 11:00 pm
Sun: 9:00 am - 10:00 pm
Till next time! Salam,
XOXO
S
Oh, the food looks really tempting! The last polka ice cream is really nice!!! :)
ReplyDeletexoxo
cece
http://cecedingding.blogspot.com/
Hi dear, thanks for stopping by. I too love ice cream! Nutella my fave
DeleteI like the way you photograph the food.
ReplyDeleteEverything look perfect!
Eryn
Thanks eryn!
Delete