Butik Batik unik dan Bufet Ramadhan, resipi turun- temurun dari istana hanya di MCafe

Salam, Hi!

Yup, sekali lagi I pergi jalan- jalan cari makan dan kali ni kite kasi can lidah nie rasa makan- makanan local pulak. Tapi local2 pun, it's a cafe in butik yang elegen dan unik gitu. MCafe by Meesya Sukira ni mulanya bertapak di dunia pasaran dengan menjual batik. Dengan berbekalkan 'attitude' eh, apa nak malu dengan warisan kita?, Batik Meesya Sukira sudahpun menempah nama di persada dunia dengan membanggakan kraftangan dan ukiran batik- batik yang unik. Sesetengah budaya buta untuk melihat keindahan ukiran batik, dengan tercetusnya idea owner butik ni untuk meresap elemen budaya negara luar dengan batik, orang luar lebih selesa menerima batik sebagai salah satu material unik dalam industri fesyen dan peragaan. Contohnya, mengukir bunga sakura pada batik dan menonjolkan batik tersebut desekeliling sudut sambil menghidangkan makanan- makanan tradisional Melayu dan Cina di negara luar seperti Jepun. Senang cerita, memang MCafe ni unik dan asli.
Terletak di Damansara Height, pasti sesiapa yang masuk butik MCafe akan amazed dengan ketenangan dan keselesaan di MCafe luar dan dalam. Setiap sudut mata akan memandang melihat keindahan corak- corak batik yang ada. Memang owner MCafe saja reka konsep cafe sebegini tenang bersesuaian dengan kawasannya yang aman. Parking pun senang. Bagi sesiapa yang nak lari dari kesesakkan tempat makan bila time berbuka nanti, I memang reccomend sangat tempat ni.

Kenapa I mention bulan puasa? Special pada bulan puasa sahaja, MCafe akan hidangkan juadah berbuka puasa bufet style. Dan seperti yang diberitahu harganya RM39.90 satu kepala. Dengan harga sebegitu, korang takkan kecewa dengan menu- menunya especially bagi yang teringin sangat nak rasa masakkan istana. Menurut Moriah (owner cafe), the cafe wanted to highlight on  Halal Malay food and masakan cina. Moriah dan partnernya yang mengenali chef - chef istana memang insist nak kekalkan rasa lauk- lauk yang dimasak biar asli dan bukannya fusion.

Antara menu- menu lauk Ramadhan yang bakal disajikan ialah, Ikan Pari Asam Pedas
 Kuahnya memang just nice bak kata bf I. Tak terlalu pekat and to me, it's not that spicy makes it suits every culture yang datang dining kat cafe nie.
Daging masak hitam dengan daging yang lembut dan sekali lagi rasanya tak terlalu menyengat, sangat sesuai dengan selera mat salleh. To me, I memang suka tekstur dagingnya yang lembut tu.

Terung masak sambal.

Udang sambal petai. I memang kagum dengan komitednya MCafe served Malaysian food yang sebegini. Dengan cara sebeginilah Malaysian delicacies dapat dikenalkan pada orang luar. Although...I pun not a fan of petai. The udang bole tahan sedap jugak,

Sotong sumbat atau 'stuffed squid' gives me idea for my next cooking project. Sedap sangat eventhough they only sumbat dengan telur.

Like I said, mana korang nak cari cafe esklusif yang hidang this type of dish. Udang Rebung Lemak.

Itulah menu- menu khas untuk bulan puasa. I rasa memang cukup nak kenyangkan nafsu bila nak berbuka nanti. Menurut owner cafe, mereka sangat memahami waktu solat pada bulan Ramadhan, surau juga available berhampiran dengan cafe. Dan setiap pelanggan yang berbuka hanya perlu bayar sekali untuk makan dan dibenarkan keluar solat dan masuk semula untuk sambung makan lerr.

Bagi anyone yang prefer a bit other than Malay cuisine, apa kata korang try menu- menu berikut, menu- menu dibawah ni semuanya makanan yang harus cuba bila singgah MCafe.

I memang sangat suka menu- menu unik yang bole I cuba. This is called, Sambal Fish Apple Salad. Menu ni memang direka khas oleh Moriah. Cerita disebalik menu unik ni pun memamg buat I lebih minat nak rasa keenakan menu- menunya. Walaupun simple tapi memang sangat refreshing. Moriah mendapat inspirasi untuk reka menu Sambal Ikan, Salad epal, sewaku memanjat gunung untuk pertama kali. Dalam ekspedisi beliau memanjat gunung bersama sebuah 'tribe', beliau dapat perhatikan bahawa puak tersebut membawa bekalan ikan masak sambal yang teramat pedas. Ikan masak sambal harus dimasak teramat pedas supaya dapat mengeluarkan haba dalam badan sewaktu kesejukkan di puncak gunung. Konsepnya sama seperti pentingnya 'spices' di Eropah. Setelah menikmati sedapnya sambal ikan tersebut, Moriah decided to put it in the MCafe menu but without the apple. One day, ada customer ordered the menu and tak dapat tahan kepedasan sambal tersebut, Moriah suggest untuk makan epal hijau yang available dalam cafe. Lastly, terciptalah menu khas di MCafe. 

Apple hijau yang masam tu berupaya hilangkan rasa pedas sambal ikan which makes it so tasty to eat.
The next most favorite menu kat MCafe is this Hainanese Chicken Chop. This menu is a bit of fusion sebab it mix western with Chinese style of cooking. Bagi yang suka healthy food. I think this is a great menu.

Mereka juga ada 'Seafood fried meehoon' bagi pengemar- pengemar meehoon goreng.

Last but definitely not the least, is my favorite Salted egg fried chicken. Super sedap! I tak pernah rasa ayam goreng telur masin sebenarnya. So, first time rasa I memang jatuh cinta dengan lemaknya, rangupnya semua cukuplah.

How about schedule a visit to this cafe? Sedapkan tengok gambar? Belum lagi makan tau. Bagi sesiapa yang nak try masakkan local yang enak bolehlah datang ke MCafe. Harga menu- menu mereka memang affordable katanya around RM2.50- RM15.90 kalau tak silap. Memang sangt berbaloi!


· Address : 47 Jalan Medan Setia 1, Plaza Damansara, Bukit Damansara Kuala Lumpur
· Business hours : Mon - Sat: 10:00 am - 10:00 pm (Sunday Closed)

Till next time
XOXO
S

Comments

Popular posts from this blog

The Joy of Giving

I had a Blind date with Lilac Beauty Box October 2013! Love the Yes! Nurse? Hand Cream review!

{REVIEW} Snow White Milky Pack by Secret Key