Bertemu jodoh dengan Ephyra Skin Bar (mesti baca!)

Hi Assalammualaikum. Dah lama rasanya tak blogging. Maaf lah ye.. Sibuk pakai PC dok design artwork sendiri untuk wedding. I memang cerewet sikit bab design- design ni. Takut upah orang nanti orang menyampah  dok itu ini tak kena. Hihi...Pejam celik pejam celik, tak sangka dah 1 per 3 bulan puasa kita lalui...Ya Allah sekejap sangat. Tak sempat lagi jejak kaki kat mana- mana bazaar Ramadhan. Syoknya kalau dapat tawaf satu round. Tapi takut plak nafsu membeli tu melampau sangat. Nak raya lagi, nak kahwin lagi, semua nafsu syaiton bab shopping.

Harini eksaited nak kabor yang I dah bertemu jodoh skin care iaitu Ephyra Skin bar. Bila orang cakap pasal jodoh tu maksudnya selama- lamanya tau...Sebagai Beauty Blogger, I tak boleh tipu, I dah banyak gila cuba produk- produk skin care. Dan kalau boleh I tak suka la promote2 fake, ckp produk itu ini bagus sedangkan tak bagus manapun... Tapi kali ni I memang ikhlas nak share produk yang bagus. Tapi...baca sampai habis kalau nak tau kenapa I cakap produk ni jodoh I...panjang cerita dia..
Kulit I bukan jenis yang teruk asalnya. Cuma, kalau tak makeup memang nampak pucat dan ala2 hantu dalam citer Ju on la kot. So, sebagai seorang Beauty Blogger, banyak produk- produk yang I dapat cuba and Alhamdulillah, I dikurniakan kulit kebal dan tak sensitif lansung pada kesan- kesan produk yang kuat. Memang apa je I pakai I akan cakap ok, sebab memang I tak pernah alami kesan teruk. Tapi satu hari tu, I gatal sangat nak cuba produk kawan- kawan tempat kerja I pakai sebab I tengok muka diorang cun je pakai D(maaf nama sebenar, tak boleh bgtau). Tambahan pula, produk tu selalu kuar TV, radio, selalu dok sponsor rancangan- rancangan hiburan bagai, mana bole tak ok. Nampak sangat kaya depa juai produk tu. I pun cubalah...sumpah, seminggu pakai memang licin muka I, sampaikan ada orang tanya I pakai ap sebab tak makeup muka nampak bersinar- sinar.

I pun dah orang cakap macam tu, gembira hati rasanya, dah tak gatal nak tukar- tukar dah..Lepas 2 minggu pakai, produk tu tukar packaging baru dan formula baru, I pakai- pakai, jerawat pun start naik. Nak sedapkan hati punye pasal, I teruskan jugak, dalam masa yang sama, I ada start amik supplemen 'Evening PrimRose' untuk regularkan period. Memang lepas makan period regular tapi pimples pun regular jugak. I lepas setengah botol makan, I syak supplemen tu yang buat hal, I pun berhenti tapi I masih teruskan set kecantikan yang D tu..tapi makin lama, makin muka I menggelupas pastu tumbuh bintik-bintik halus (whitehead) kat muka. 
Tangan ni dah gatal, dok la picit- picit whitehead. Dahla asyik kering je muka, Dulu sebelum D, I pakai sabun yang I jual tu. Memang sebijik spesis sabun pemutihan, mesti semua mengeringkan muka. Lepas dah fedup dgn sabun L dan set kecanitkan D yang dah tak berhasil, I pun baru tahu yang kawan- kawan I semua dah stop produk D, muka depa jadi teruk, I cuba pulak B(sekali lagi produk femes) ...Ya Allah, dari whitehead dah bertukar kepada jerawat batu- batuan. I cuba macam- macam nak keringkan jerawat sebab taknak picit, I cuba pakai mask, I cuba scrub, I cuba Oxy..semuanya GAGAL!
Ada yang suggest mkan supplemen, tapi  kerja dalam medikal line, I dah tengok banyak rosak buah pinggang sebab makan bende bukan- bukan. So memang I reject awal- awal option tu. Lastly, I mengalah dengan muka I dan terus picit jerawat batu yang ada. Hasilnya, tinggalah parut- parut puaka yang kekal selama 6 bulan kat muka I. Masa muka I teruk, I memang lansung tak tangkap gambar kalau tak makeup. Tapi boleh tengok jelas dengan makeup dan 360 app pun, parut masih kelihatan.


3 bulan tu memang I dah putus asa nak repair muka I. I memang dah terima dah keburukan muka ni. Pergi kerja pun I buat bodoh je dengan muka hodoh. Sampailah satu masa tu 'sister' I tegur kenapa muka teruk sangat. Hadoiii, masa tu rasa macam down sangat dengan muka sendiri... Balik kerja I terus scroll IG, adela IG shop yang promote Ephyra (minuman)..I baca- baca, yang buat I tertarik dengan Ephyra sebab die cakap ibu mengandung and ibu menyusu pun boleh minum Ephyra. Kebanyakan produk kecantikan tak sarankan ibu- ibu minum produk diorang sebab takut kesan buruk pada ibu. Tapi sebabkan Ephyra cakap boleh, I terus tergerak hati nak try...lepas tengok video Memey lagi membuak- buak semangat nak try Ephyra...even sabun Ephyra ada cop 'NOT TESTED ON ANIMALS' nampak tak bertapa selamatnya guna Ephyra.
I pun followlah IG diorang. Belum sempat beli, I nampak Ephyra keluarkan produk baru 'Ephyra Skin Bar'. Memegang prinsip 'nak elak makan benda bukan-bukan untuk cantik' I nekad nak try dulu sabun sebelum try minuman Ephyra. Pegi kedai hari tu jugak, ramai cakap xde lagi sebab produk baru.. Sebab rs mcm JODOH, I usaha jugak sampai redah jem tengah2 bandar. Selalunye sebagai beauty blogger, I tggu org promote baru I cuba...tp yg nie mmg I bangga sbb discover sendiri tau..
Displaying 11328920_10153172254067935_592948276_n.jpg
Balik- balik terus nak cuba, lepas seminggu cuba, I dapat nampak muka I makin bersih. Parut pun dah tak ada sangat. Dan paling I salute sabun Ephyra tak mengeringkan plus bau tak terlalu kuat dan wangi.

I belek- belek lah ramuan dia sebab masa first time beli I memang tak amik tau lansung,dah desperate sngt, janji muka I ok sangat pakai Ephyra.

Rupa- rupanya macam- macam kebaikan dalam satu sabun. Makin lama pakai makin I suka. Tak payah dah nak asing- asing sabun jerawat dan pemutihan. Walaupun nak dekat period I tau muka I akan tumbuh jerawat (hormon tak stabil) I tak risau sangat sebab ada sabun Ephyra cepat je jerawat kecut and parut- parut hitam cepat hilang. Pastu ramai tanya pakai apa muka nmpk bersih.

Bukan je banyak kebaikan, I suka sabun Ephyra sebab it 'value for money' jugak. I memang kalau boleh tak suka perhabis duit untuk pencuci muka je. Satu buku sabun Ephyra boleh tahan hampir 3bulan. Bergantung pada cara kita guna. Kalau ikut saranan, pakai 2- 3 kali sehari. Tapi I pakai dengan dos paling minima pun dah nampak kesan. Nah video cara- cara betul cuci muka dengan Ephyra.

Bagi yang nak cuba, I suggest potong sabun Ephyra kecil- kecil, pastu simpan kat tempat kering sebab sabun ni cepat lembik. Yang nak guna hari- hari, letak dalam bekas yg boleh buang air bertakung.

Percayalah, kalau amalkan cincai- cincai pun Ephyra Skin Bar nie tetap berkesan, so kaum adam pun boleh cuba.
Displaying 11421468_10153172267112935_779609_n.jpg

Lastly, I nak bagitau...I tak sabar nak raya sebab muka I dah cantik...tak malu dah nak pegi solat tarawih tak bermakeup..hihi..So far, dah hampir 6bln I pakai Ephyra Skin Bar, I tak nampak lagi keburukan sabun ni. Alhamdulillah, syukur sangat, memang dah kahwin terus dengan Ephyra Skin Bar lepas ramai puji muka I nampak berseri- seri.
Jomla try ESB kalau dah rasa buntu sangat dengan pencuci- pencuci muka yang bagi harapan palsu je, ni lain dr yg lain... share- share la kalau ad yang cinta jugak kat Ephyra Skin Bar nie.. Sekarang ni IG Ephyra ad buat contest
 Selfie Sebelum & Selepas Ephyra Skin Bar. Penyertaan yang terbaik akan dinilai melalui kreativiti gambar (macam gambar kat bawah tu hah) , dan caption pengalaman “ Ephyra Skin Bar Pilihanku kerana....”
Jgn lupa tag @ephyraskin dan  #ephyraskinbarpilihanku bagi melayakkan awk awk menyertai Contest Selfie Tau tak korang berpeluang menang iPhone 6.

Terus serbu IG diorang kalau nak tau best ke tak sabun nie tau...
Instagram :
@ephyra2u
@ephyraskin

Website :
www.oceanlife2u.com

Facebook :
 https://www.facebook.com/oceanlife2u?fref=ts

I tak tipu, memang nie sabun paling best I pernah cuba. Puasa tak baik tipu tau. Thank Ephyra..thank jugak Kak Nanie from blogcoklateyes sebab baik hati topupkn ESB kte yg dah nk habis.

Kbai. Salam.
XOXO
S

Comments

Popular posts from this blog

The Joy of Giving

I had a Blind date with Lilac Beauty Box October 2013! Love the Yes! Nurse? Hand Cream review!

{REVIEW} Snow White Milky Pack by Secret Key