The minimalist makeup essential: CC Cream and ombre lippies by Elisha Coy


Scroll sampai habis kalau nak tengok kte pkai apa untuk ombre lips. 
Hello!
Hari ni eksaited nak share another CC Cream. I memang peminat CC Cream. Sebab CC Cream ni mudah,  10 dalam 1 fungsi dia. Especially untuk kulit tak sekata macam I, CC Cream boleh tolong ratakan color kulit I. And selain kesan instant, dengan penggunaan secara berterusan, I rasa CC Cream boleh memutihkan kulit dan mengurangkan kedutan. Most CC Cream also came up with UV protection. Samalah macam CC Cream Elisha Coy.

Bezanya Elisha Coy CC Cream dengan yang lain- lain, ia mengandungi bahan- bahan yang semulajadi dan selamat untuk kulit. So, tak ada lah lepas pakai muka berminyak pastu tumbuh jerawat bagai. I suka pakai CC Cream untuk hasilkan makeup yang minimalist. Konon-konon kulit natural beauty lah tu..Padahal sapu CC Cream seinci. Kalau pakai foundation agak tebal mesti nampak sangat buruk bila dah berpeluh. Melainkanlah korang cantik bak Siti Nurhaliza, takpayah pakai apa- apa pun memang cantik. Nangis pun cantik kot....ishhh jeles mak...



Tak pun segojes Angelina Jolie?


Tolongla jangan cantik sangat diorang nih! Tapi tak apa...nasib baik ada pereka makeup yang luhur hatinya meng'create' CC Cream. Bolehla nampak macam natural dengan makeup minimalist.

Always Nuddy CC Cream by Elisha Coy ni memberi 'Complete Correction' maksudnya menyeluruh. Jadi tak perlu lagi foundation, bedak- bedak dan topeng muka nak sorok jerawat batu awk tu. CC Cream Elisha Coy teksturnya agak tebal.

Dengan sekali calit, dah boleh nampak krim ni coverkan semua tau. Bagi I, faktor calitan memainkan peranan penting sebab barulah boleh saving lama. Kalau ikutkan, harga dia memang agak mahal. Tapi berbalaoi dengan tempoh krim ni bertahan atas meja makeup awk melainkan, awk pakai CC krim ni satu badan, tu saya tak jamin. Bau krim ni juga menyenangkan.
My current 2 favorite beauty item
Taknaklah cerita panjang- panjang dah...Yang penting kalau korang cuba nak achieve makeup look macam Kristen Stewart (I selalu tengok dia berlakon makeup ala kadar je (minimalist look), boleh try CC Cream Elisha Coy. Lentikkan bulu mata sikit, pastu, calit bibir kasi merah, dah siap. PS: Jangan compare gambar atas dan bawah ok. Nanti korang konfius.

Klik link dibawah kalau berminat nak usha Elisha Coy CC Cream

Natta Cosme ada buat promosi jugak beli satu set dapat 2 lipstick magic Elisha Coy called
'Vivid Party Magic Lipstick'
Memang lipstick tu literally magic sebab dia bertukar warna once kite oles pada bibir. Mesti jakun dan kagum kawan kita tengok kita pakai lipstick tau...see gambar bergerak kalau tak percaya ia bertukar warna.

Untuk buat ombre lips ni mudah je...gunakan lipliner yg lebih gelap dari lipstick dan lukiskn tepi bibir...lukis tebal sikit pada hujung bibir amd then fill up dengan lipstick tengah2 bibir.


Antara ke'ohsem'an liptik Elisha Coy ni, dia sangat moisturizing and tak melekat tau..Bolelah minum air dalam cawan tanpa coverline atau cium hasben tanpa risaukan kesan lipstick..Hasben je, no bf allowed...


Dahtu? Cepatla klik Link kalau nak beli. Nanti promosi habis...
Jangan lupa checkout blog nanti sebab kite nak share gambar bergerak lagi mengenai brush favorite kite #mukagedik

Salam, Till next time,
XOXO
S


Comments

Popular posts from this blog

{REVIEW} CCM Flat Top Foundation Brush (CCFT)

{REVIEW} Discover Your Natural Inner Beauty with Chamos Acaci

{GIVEAWAY UPDATED} Handmade personalize name embroided makeup bag and more beauty stuff @withlovekisses!!