Bachelorette surprises dan pengalaman stay kat Grand Lexis Hibiscus,Port Dickson.
Hello! Assalammualaikum...Siapa yang follow I kat IG mesti tau yang I dan few of my high school friends ad pegi Grand Lexis Hibiscus. Sejak dua menjak ni I prefer sharing my own experiences and life events instead of beauty stuff, harap korang tak bosan dan menyampah baca ye..I honestly suka share benda2 macam nie...tapi segan dan takut korang xsudi baca...but if you do, silalah komen sikit...at least I know korang suka.. This experience is something yang unique...biasanya orang cakap pegi hotel 5 stars memang best..lagi- lagi kalau "budak- budak" macam kiteorg pegi memang jakun habis...tapi sejakun- jakun kami...jangan ingat kami ni tak reti jadi professional...
baca sampai habis kaalu nak tau kenapa...
I memang tak expect any surprises from them. Of course, kiteorg dah lama mengidam vacation bersama since high school. 2 of them I've known since tadika. After high school ends, we seldom meet because everybody was busy doing their own things. Since I'm the first one getting married, Nasrah and Bea cadangkan we should realise our dream to have a vacay. Tapi biasalah...duit tak banyak...kebetulan Grand Lexis Hibiscus buat soft opening launch promotion so..we alls decided to sambar the offer.
Dari berapa minggu they all plan nak buat games best- best bila dah sampai hotel.Yelah kan...our first vacation bersama... Nasrah and Bea volunteer nak jadi planner. Yang lain pun agree. At first banyak planning diorang yang memang I tak puas hati...rupa- rupanya semua plan tu untuk buat surprise kat I...Dari awal sampailah ke sudah I tak dapat kantoikan diorang...thanks to lakonan berjaya Syarina, Zalina and Anis..Walaupun I ada terjumpa macam- macam prop yang pelik- pelik tapi I lansung tak suspect apa-apa... Even masa diorang tipu cakap blackout pun I boleh percaya...Memang terharu sangat dengan kejutan yang diorang buat. Siap komplot dengan fiance' untuk buat game serasi bersama. Ternyata jawapanku tak serasi dgn tunang cause I'm very bad at giving answer immediately. Reality TV so not for me. Hopefully nanti ada rezeki nak buat untuk yang lain pula..
Tak tau nak cakap apa other than Thank you korang for making me feel special once in a while...so meh nk bagi ucapan hati ke hati sikit sebelum kite ke story pasal Grand Lexis Hibiscus.
Haha! korang kalau baca jangan mare tau...ni ikhlas..
Bea: Orang yang pendiam, kelakar and at the same time so sweet. Nampak pemalu tapi memang kelakar orang nya, orang yang kenal akan rasa senang dgn kehadiran dia. Dahla cantik mek Klate nih. Thanks Bea jadi admin..kite tau Bea banyak buat keje untuk jayakan game- game time kat sana especially game roti cuka dan garam tuh. Kite doakan Bea bahagia dan jumpa Prince Charming Bea cepat.
Nasrah: Orang yang bijak, pandai manage apa- apa event pun, wanita Hebat! Boleh harap dan at times serius bile perlu. Kebanyakkan orang rasa dia garang tapi sebenarnya dia ok je, pemalu jugak tu. Suka bajet- bajet comel sebab memang dia comel pun. Sangat - sangat sweet dan semangat when it comes to friendship sebab tu schedule busy sentiasa ramai kawan book dia untuk important days. Thank you sangat sebab manage all the surprises! Tanpa Nasrah apelah sangat event ni..Moga Nasrah cepat jumpa Kuril idaman Nasrah.
Anis: Serius dan very independent. Pandai bab2 makanan tapi tak berlagak pun. Sweet at times dan garang jugak. Dulu takut jugak dengan dia time tadika..haha...tp we get along just fine..Kite doakan Anis sukses selalu dalam kehidupan.
Syarina: Amoi comel pipi bak Hello Kitty nih disenangi dan diminati ramai orang.. Kelakar dan tak bosan kalau dengan dia sebab kita minat bende girly same- same. Nampak macam orang yang happy- go -lucky tapi sebenarnya dia orang yang sensitif. Memang sweet bak gegula. Kite doakan awk cpt2 kawin and dpt ank bole kawan dgn ank kite nnti...ehh
Zalina: Awek cun nih orang paling kreatif kite penah jumpe. Independent and serius orangnya. Tapi sporting habis. Dia sangat sangat sabar melayan kerenah kite and syarina.Walaupun tak rapat, kite senang dgn zalina sebab zalina baik Thanks awk sbb drive ke PD haritu...kite hargai sangat- sangat. Kite doakan awk bertmbah- tambah rezeki and cpt2 kawin jugak.
Love you all!!
Kami bertolak dari KL ke PD dari pagi sebab cik planner nak pegi beli itu ini. Lepas selesai membeli belah, kami terus ke Grand Lexis Hibiscus. Grand Lexis Hibiscus ni terletak di hujung PD sebab bilik- bilik dia disusun bentuk Bunga Raya atas laut. Harga sebilik bergantung pada posisi bilik tersebut..lagi cantik view lagi mahal biliknya, Lagi hujung lagi mahal. Yang penting semua bilik mengadap laut. Lobby ke bilik agak jauh jadi perkhidmatan buggy available 24jam. Satu malam di Grand Lexis Hibiscus beharga RM500 hingga RM2000 kalau tak silap.
Walaupun harga sebegitu, peak hour mesti penuh sebab semua nak merasai indahnya duduk di dalam bilik hotel yang ada swimming pool dan sauna kan..Bagi I, satu kekurangan Grand Lexis Hibiscus dan Grand Lexis original ialah kedudukan pool diorang kat balkoni dan untuk perempuan Muslim macam kami, kami terpaksa minta bilik yang view nya tak terlalu dekat mengadap bilik lain sebab takut jiran nampak..
Waktu check in GLH adalah pada pukul 4 dan check out pada pukul 12. Pada I timing dia terlalu singkat dan mahal . Tapi biasalah hotel 5 bintang mana ada yang murah kan.
Kami park kereta dan terus disambut oleh maintanence staf. Ye, bukan bell boy tapi maintenance staf. Kami tak kisah sebab mereka memang friendly. Proses check in agak lama walaupun dah book online...lepastu masa book baru diorang bagi bilik and masa bagi bilik, they decided to give us bilik yang paling depan. Nasib baik kawan I insisted nak bilik yang agak privacy sikit sebab it would be hard for us nak buka tudung semua. I pelik sebab fo-front people patutnya lebih mengetahui sebab die orang Malaysia jugak. Dahla tak friendly.. lepastu paksa- paksa my friend bayar duit breakfast in advance. We alls tak breakfast kat hotel sebab most people yang visit cakap makanan biasa- biasa je and moreover, kalau lebih 2 orang kena bayar extra almost RM200.
Dah setel proses check in, kiteorang pun set table sebab nak buat makan- makan dalam bilik. Bayar mahal- mahal kalau makan kat luar buat apa kan...Masuk- masuk bilik memang semua excited sebab ad pool and sauna...Memang view cantikkkk...katil king size fits 6orang walaupun sebenarnya 4 orang je boleh stay situ tau...
Tapi sedih...kebanyakan facilities tak memuaskan. Kalau hotel staff friendly mesti kami tak perasan kekurangan facilities tapi sebabkan staff frontdesk tak freindly, kami nampak banyak kekurangan. Kami memang tak sangka hotel 5 bintang seteruk ni. Peti ais tak sejuk, Bilik sauna tak berfungsi, jamban air flush kotor (walaupun lepas flush banyak kali), lampu meja rosak, pemanas air tak ada, pastu refreshments (tea and coffee) pun tak ada. Haih...bukan tak boleh minta semua tu...tapi I memang tak expect hotel 5 bintang tak mampu prepare bilik dalam keadaan yang elok sebelum guest datang . I know the hotel is kind of new, tapi Grand Lexis memang known for it's best hotel bukan hotel company baru whatsoever,
Malam tu kawan I suggest minta table extra, makanan kami bawa terlalu banyak, sebab dia kerja kat hotel, dia cakap tak salah pun minta meja. So at first kawan I minta through phone, orang yang jawab call tuh terus cakap "tak boleh buat makan- makan atau party liar dalam hotel". Hye...geram je dengan orang tu...main assume jeee...Lepas tak puas hati, I call balik...try minta meja elok- elok dan explain yang kami bukan nak buat party ke apa...kami nak dinner je... at first diorang nak bagi..tapi call I dipas- pas ke department lain dan ke orang -orang lain...hampir 20minit I tunggu dan ulang soalan yang sama....last- last jawapan yang mereka bagi kat I ialah, "meja tak muat masuk bilik, kalau nak buat makan- makan boleh pergi coffee house kami" katanya. Time tu dah pukul 10 malam kot.
I memang tak kisah kalau tak nak bagi meja, tapi bila call I dipas- pas ke 5 dept berlainan...I anggap mereka tak professional sebab buat permintaan guest macam mainan. Siap ada yang perli- perli masa jawab call. Bagi I, bekerja dengan orang, kita tak boleh tunjuk sifat kebudak2an kita atau being sarcastic even kalau people we deal with tu kekwat nak mampus.
Lepas insiden meja tuh, kami memang tak minta servis apa- apa lagi dari hotel. The next day, kami nak masak air, cerek pun tak ada..refreshment pun tak ada...jadi I pun call blk room service. Sadly lepas insiden 'meja' hari sebelum tuh, talian dari bilik kami ke banquet diputuskan atau tak ada line. I tak pasti kenapa..tapi hari sebelum tu elok je. I terus call frontdesk suruh connect call I pada banquet. Orang forntdesk yang angkat telefon tuh mula- mula cakap elok- elok je..lepas I bagitau no bilik...dia pulak sibuk tanya "Oh, bilik ***, you nak apa ye?" wah....dengar jawapan macam tu memang I rasa hangin satu badan sebab terlalu sarcastic.I rasa maybe diorang satu hotel dok cite pasal kami bilik *** among themselves. Tapi kamon laa...please be professional...Korang nak ngumpat tak salah...tapi jgn nampk sngt obvious perangai tuh..
I memang terus karang complain letter sebab tak tahan rasa geram dengan sikap staf- staf kat situ. Kawan- kawan I pun rasa macam tak patut kami dilayan macam tu..Walaupun kami dalam usia sebegini, kami bukan budak- budak yang mereka boleh treat macam tu.. To me, working in hotel line, especially deal dengan orang ramai, PR kena la bagus. Masa balik, kami terpaksa guna perkhidmatan buggy sebab barang banyak. Kali ni, bukan orang maintanence yang hantar kami, tapi memang bahagian service, dengan barang yang banyak, I siap cakap sorry sebab buat the buggy guy tunggu...tp sedih sebab his replay was "cepat sikit boleh tak? ramai lagi orang nak check out"
Oh my...memang sabar je rasa duduk kat hotel 5 bintang mcm nih..Masa check out I terus hand over my complain kat receptionist GLH..I siap ambil nama and the junior staff takot I ambil name dia, dia terus pass over to her senior. I cakap I memang tak puas hati dengan servis uolls and I nak jawapan for my letter and all she can answer was "Oh yeke, okay you tinggalkan email you nanti kiteorg reply" ...ok fine...BTW, kiteorang check out and tinggalkan bilik dalam keadaan kemas tau walaupun marah...
Lepas sebulan I tunggu lansung tak dapat jawapan apa- apa. Hence, I decided to email the General Manager terus.
2 minggu I tunggu lagi, barulah Mr. Thompson (GM Grand Lexis) reply email I. We talked on the phone and I cerita semua yang I cerita dalam blog ni..I memang taknak expose nama siapa- siapa staff and certainly taknak siapa- siapa dibuang kerja. Tak baik tutup periuk nasi orang..I just harap they could improve their service especially lebih friendly. Yang bagusnya I respect Mr. Thompson sebab dia sangat memahami situasi kami dan seperti yang dia cakap...hardware (facilities) complain boleh fix bila- bila masa, tapi software (staff attitude) susah nak fix kalau tak ada orang complain. And just imagine kalau orang luar dapat servis buruk kat hotel yang diktiraf 5 stars di Malaysia. Apa expectation mereka tentang orang Malaysia nanti?. Malu sangat- sangat. Ada staff kat situ don't even know how to pronounce English words properly. Tapi Mr. Thompson explained everything and I dah tak marah dah...
Anyway, lepas my conversation, he offered me and friends untuk datang balik vacay kat sana and he will personally service us. Tapi we olls tak ada masa..I just harap ada improvement lepas our complaint..tu je...
But of course, view kat situ memang cantik...bilik besar and few things like towel, toiletries, swimming pool, iron board and safety box are just simple things that are good to have.
Jadi kalau nak pergi, bolehlah cuba- cuba....yang ada anak- anak kecil mungkin lebih seronok sebab ada pool. Pool die paras budak- budak je pun. Other than that, hotel ni maybe tak sesuai if you just want a place to stay and nak keluar- keluar round PD...baik duduk dalam bilik je, semua ada. Ada WiFi, TV and movies and of course the pool memang best.
I tau..ramai review hotel ni cakap best..tapi minta maaflah sebab review I, a bit negatif sikit. Duit tu beharga...kalau bayar mahal- mahal, mestilah kita expect the best. Jadi mana yang baik I cakap...yang tak baik pun I kena SHARE. Bukan niat nak jatuhkan bisnes orang...Just my opinion and experiences. Thanks to Mr. Thompson sebab sangat- sangat friendly on the phone. It's more person like him yang buat I kurang benci dengan pengalaman di GLH. Thank jugak sebab sudi baca.
Till next time,
XOXO
S
Comments
Post a Comment
Hello & Salam pretty awesome! Thanks for stopping by, don't just be a silent reader here but be the friendly one because it's all about sharing. We took our time to read you comments and try to reply ASAP. Every comments is really important to us and thanks a lot for your effort. You're the best!