Quran, sakit dan adat

Assalammualaikum. Izinkan I share sikit satu insiden yang berlaku beberapa hari lepas sewaktu I kerja shif petang, malas nak up status kat FB sebab nanti mulalah ada yang cakap I ni poyo- poyo tunjuk baik bagai..so biarlah sekadar catitan dalam blog. Tak ramai orang kenal I dalam blog.. I bukan seorang yang warak mahupun alim tetapi I asyik terfikir kenapa masih wujud pemikiran segelintir manusia yang masih mencari Allah hanya ketika disaat- saat akhir nyawa. I juga tak terlepas dari menjadi segenlitir manusia yang lupa dan alpa tersebut. Tapi moga- moga suatu hari atau dalam masa terdekat ni Allah berikan kekuatan untuk I lebih istiqamah dalam ibadah. Doakan ye..

Ceritanya begini, bekerja di wad kritikal hampir 50% pesakit yang I jaga adalah dalam keadaan bertarung nyawa, peratusan untuk hidup kebanyakkannya 50/50 , tidak ada statistik yang sahih mengenai peratusan tersebut tapi dari pengalaman macam tulah yang I nampak, average umur pesakit pula, tak tentu, ada yang muda belia, ada yang tua tak terdaya. Biasalah tu sakit tak kenal umur. I memang suka kerja nurse, kemaskan pesakit, bagi pesakit nampak bermaya dan sihat. I juga belajar, yang deria pendengaran pesakit akan sentiasa ada walaupun pesakit dalam keadaan koma. Dengan pengetahuan tersebut, semua pesakit Islam yang I jaga, I akan pasangkan ayat- ayat Quran biar pesakit dengar benda baik- baik daripada dengar cik misi bergosip. Biasalah, perempuan. I pun sama je. Memang fakta menyatakan, deria pendengaran masih berfungsi walaupun manusia dalam keadaan koma.

Pada I, tak kisahlah berapa peratusan seorang pesakit tu ada untuk survive, I pasti akan cuba pasangkan ayat Quran untuk pesakit, tu saham akhirat I jugak (harap- haraplah) . Nak duduk dengan pesakit tolong bacakan memang honestly I tak sempat. Even kat rumah pun baca Quran untuk diri sendiri jarang sangat. Haih...InsyaAllah one day...

Pada hari tu, I pun lakukan rutin I, kerja macam biasa dan pasangkan ayat Quran, asalkan namanya Islam, I pasang Quran pakai henset sendiri dan I biarkan sampai I habis shif. Haritu, suami pesakit datang melawat pesakit, datang- datang, terus die offkan Quran yang I pasang. I bersangka baik, kononnya suaminya tu nak bercakap dengan pesakit. Sebab tu dia offkn.

Lepas beberapa lama, dia tanya I, "siapa pasangkan ayat Quran pada isterinya?" I pun jawablah I yang pasang. I terkejut bila dia cakap "kamu salah sebab pasang Quran kat isteri dia, sebab isterinya belum nak mati". Hye, pakcik, Ajal  maut ditangan tuhan. Siapa yang tahu bila ajal tu nak jemput.(Itu yang I fikir dalam hati bila suami pesakit tu cakap macam tu) tapi takkanlah I nak jawab camtu..I pun dengan tenang jawablah, kita ni, sihat ke, sakit mesti dengar Quran, saya pasang bukan bila pesakit nak mati, saya pasang bila pesakit tu Islam. Biar dia dengar benda baik- baik.

Suami dia jawab balik, "saya tak suka awak pasang ayat Quran, bila awak buat mcm tu, seumpama awak melemahkan semangat isteri saya". I pun diam dan beredar sebab hati ni rasa nak bagi "pang" satu kali kat suami makcik nieh..  Insiden kedua, ada kawan I bagi cadangan kepada seorng anak peakit untuk pasangkan Yaasin pada emaknya yang nazak, anaknya dengan selamba jawab, "biarlah mak saya rehat dulu, penat dia asyik dengar Yaasin"

Bukan insiden apa pun..tapi bila I cerita kat orang, ramai seumpama paham perasaan suami makcik tu. Bagi I pula, I rasa persepsi pasang Ayat Quran hanya bila dah nak mati tu salah.. Sihat dan sakit semuanya datang dariNYA, kenapa kita tak percayakan perkara tu? Kenapa kita kene ikut adat dan apa orang kata? Bagi agama lain, mereka ada kepercayaan sendiri, dan I pun galakkan mereka buat benda yang sama walaupun cara berbeza.

 Apa- apapun, ini sekadar luahan di hati, ada yang rasa betul pandangan I, Alhamdulillah..kalau ada sedara mara masuk wad, amalkanlah.. tapi bagi yang masih ikot 'apa orang kata' ..,mungkin ada perlunya jaga hati manusia supaya kita tak berdosa dengan manusia..tapi tak salah kita cuba. Semua ada pandangan masing- masing, I tak berniat nak sakitkan hati sape- sape tau... Pada si suami pesakit, terima kasih kerana membuka minda ni supaya lebih sensitif pada keadaan sekeliling tapi I harap bila you visit isteri you, rajin- rajinkanlah baca ayat- ayat yang baik...bukan setakat suruh dia bangun and ulang perkatan 'semangat' sepuluh kali. Takkan BERSEMANGAT pun isteri pakcik kalau pakcik bermanderam kat situ..Paling tak pun, bisik kat telinga dia bende baik- baik atau usap- usap badan isteri pakcik tu, sapu lotion pun ada baiknya.

Selamat Beramal dan moga- moga dengan perkongsian pengalaman ni ada yang dapat manfaat.

Salam Ramadhan.

Comments

Popular posts from this blog

The Joy of Giving

I had a Blind date with Lilac Beauty Box October 2013! Love the Yes! Nurse? Hand Cream review!

{REVIEW} Snow White Milky Pack by Secret Key