Resepi puding roti SUPER senang dan kisah jiran
Hi Assalammualaikum, Salam Nuzul Quran. Alangkah indahnya hidup kalau I boleh konsisten baca Quran..tapi iman ni asyik naik turun, lagi banyak turun dari naik...Doakan I yang baik- baik ye..
Harinie nak cerita kisah jiran I...I panggil dia aunty je...I xingt nama die...and kalau ingat sekali pun I tak nak bagitau nama dia dalam blog nie..Biarlah setakat uolls tau betapa baiknya aunty yang makes me feel it's something yang I patut value and share,and of course, I tak dak diary so blog nie umpama diari I cite bende2 yang I think should be keep as memory and value. Sabar la ye korang...sebab terpaksa baca blog I...Kenapa I cakap value? Bagi I, manusia nie semua dilahirkan suci dengan hati yang baik dan mulia. Allah cipta kita sempurna. Tak kisahlah bangsa apapun.
I ada kenal satu Prof nie, I tak kenal rapat..but he's one of the most successful prof dalam hospital. Tapi sayang his life as a person especially sebagai seorang Islam hampir kosong. I tak boleh judge dia, I know, I'm not close enough to know him and judge him plus, I pun bukan muslim in the best version. but from my observation, dia got everything...looks and money even the brain to go with it. Memang looks perfect..tapi dia ada masalah rumahtangga, ada perempuan simpanan and he got one daughter, and anak perempuan dia seorang model. Tapi bukan model hijab. Hijabista pun bukan and bukan jugak model- model biasa. She's a model yang buat nude photo. and she's not ashamed of it. and Prof tu as a father knows about it but decided to just buat tak tahu. Sedih kan kehidupan macam tuh.. Ada yang follow IG anak dia and nasihat on her nude photo and her simple reply is.."Dia tak pernah mengaku dia Islam, and even if she is, she said don't blame Islam. Islam itu indah". Kudos to her answer..memang spot on jawapan dia. At least she didn't blame Islam for her behavior kan...I doakan dia berubah one day cause bila dia jawab macam tu means there's value in her..Tak banyak pun tapi ad jugak.
And terbalik pulak dengan aunty nieh..eventhough she's not Muslim..hati dia sangat- sangat baik. Kisah petang tadi buat I terasa macam nak share sebab I tak mampu jadi baik macam aunty .
So petang td I rasa macam ada mood nak buat puding roti...kalau roti dah nak basi atau dah keras, puding roti ni resipi paling senang nak buat. Skip kejap cite pasal aunty. Nah share sikit "resipi puding roti petang tadi".
Puding roti boleh masak dengan 2 cara. Pakai oven atau atas kuali. So ikut korang lah mana yang korang prefer.
Bahan- bahan yang diperlukan,
- Roti
- Susu
- Telur
- Baking soda (tak ada pun xapa)
- Garam
- Gula
- Mentega
- Sukatan bahan agak- agakje sebab nie resipi mudah sangat2. Dalam bekas bersesuaian, sapu butter bagi rata. Minyak pun boleh je. Carik2 kan roti dan mampatkan.
- Dalam bekas lain, Susu, Telur sebijik (untuk satu bekas, 2bijik untuk 2bekas), Baking soda dan garam secubit, Gula secukup rasa. Bancuh sekali.
- Tuang bancuhan susu atas roti. Jangan terlalu banyak atau terlalu kurang. Susu tuang dalam 3/4 tinggi roti.
- Tunggu 10 minit dan bakar 15minit.
- Dah siap! Kuah cicah boleh buat pakai tepung kastad, campur susu, masak sampai didih,
- Makan sekali dengan kuah cicah. Sedapppp
Senangkan? Sambung cite pasal aunty, Lepas siap buat puding roti, rasa macam nak bagi kat jiran- jiran sebab lebih. Dah elok- elok letak dalam pinggan, terus I pegi rumah aunty nak bagi puding roti. Dok panggil- panggil luar pagar tak de orang nyahut, sebabkan pagar rumah aunty terbukak, I pun masuk je. Ternampak aunty tengah makan sambil tengok citer Doraemon. Mata I yang liar ni dok scan- scan lah rumah aunty tuh. Bersepah- sepah dengan permainan. Aunty dan uncle orang yang baik..Diorang xde anak...jadi diorang amik anak angkat. Dari kecik die bela anak tu, anak tuh orang buang sebab ada kecacatan. Aunty dan uncle tahu semua tu sebelum diorang amik budak tu sebagai anak angkat. Budak tu bukan orang cina pun, Tak pasti bangsa apa. Tapi yang kesiannya, sakit budak tu memang dari kecil dijangkakan pakai banyak duit, Sebab cacat die boleh serang semua organ. Aunty tu tau semua- semua...tapi aunty dan uncle still nak jaga budak tu.
Aunty jaga budak tu dengan penuh kasih sayang..mana taknya..tengok barang mainan sepah- sepah pun I boleh agak.... rajin nye die layan budak tu. Aunty kurus je orangnya, budak tu pulak tembam- tembam. Budak tu sebenarnya lagi tua dari I dah..tapi berperangai budak- budak...kadang- kadang kalau ada tak kena abis dia jerit satu rumah..kami yang jiran- jiran pun boleh dengar..Sian budak tu...tapi dia ahli syurga..sebab dia tak paham apa- apa. Aunty selalu sabar layan perangai anak angkat dia.
Masa I pergi rumah aunty nak bg puding roti, aunty tengah makan ubi keledek dengan sos je. Sedih I tengok. Die cakap...die tak kisah makan apa- apa pun..Janji makan. Kami pun dok sembang- sembang..Hampir setiap hari anak dia ad appointment ngan doktor.. Dalam rumah aunty I ternamapak satu kertas mahjong tertulis besar tarikh2 appointment doktor untuk anak dia...umur aunty dah 70 an..tapi masih kuat nak bawak anak dia pegi hospital. Aunty tu tak pernah mengeluh...
Pernah sekali, mak I mintak daun yang aunty tanam. Daun tu susah nak jumpa orang jual. Dan kalau ada orang jual pun, mahal sangt. Aunty tu tak fikir panjang pun masa mak I mintk. Die suruh petik je bile- bile kite nak. Mak I segan...so die amik sikit je..ade satu haritu, aunty perasan mak I tak petik- petik pun daun tu, aunty tu terus petikkan dan bubuh dalam satu plastik besar. Behari- hari die buat macam tu untuk mak I. Bile sembang dengan dia, Dia selalu doakan I baik- baik. Die selalu cakap dia tak kisah susah2.
Sometimes kan, orang yang macam niela yang beri kesan pada I. I rasa sangat bermakna kenal dengan orang yang boleh buat I kenal erti hidup. Orang macam aunty lah buat I rasa value dalam diri manusia ni datang dari masyarakat sekeliling...kalau benda baik- baik surrounds diri kite, insyaAllah..kita pun akan jadi baik regardless kita bangsa apa. Islam tu memang indah...tp syg...bukan semua orang Islam itu baik..especially pengaruh media sosial sekarang makin ke arah negatif sama banyak dengan positif..takutnya kalau kit tersalah baca dan percaya.. apa2 pun I akan sentiasa doakan aunty baik- baik jugak. Moga ALLAH bagi hidayah pada aunty.. InsyaALLAH..
XOXO
S
Comments
Post a Comment
Hello & Salam pretty awesome! Thanks for stopping by, don't just be a silent reader here but be the friendly one because it's all about sharing. We took our time to read you comments and try to reply ASAP. Every comments is really important to us and thanks a lot for your effort. You're the best!