{Jom Jalan2 Jumaat} Selfie dengan Kucing Good Meowning Cafe kat Cheras


Salam dan hello, cam biase, nak share satu lagi tempat yang iqa sempat pergi and tried out. Actually agak lame gak dah kesana. Time tu cafe Good Meowning nih baru nak bukak and tengah viral kat sosial media. Iqa pun check out la location die katne. Lerrr rupe2nya dekat sangat ngan rumah Cheras.


Pas kahwin iqa dan suami dah tinggal tengah bandar, so memang jarang balik Cheras. Alang2 dua2 tengah cuti, kiteorg nak masak ala2 shell out kat Cheras.
Pas penat masak2 dan makan(ehem2 masak sorang2 tau) macam tak percaya mampu masak sorang2 padahal punyelah malas nak memasak tak tentu arah.

Dah kenyang kiteorg pown singgah Good Meowning cafe. Cafe die betol2 dekat dengan McD Hussein Onn, parking usually senang je.
Kedai tak adalah besar sangat tapi ada glass wall between cafe and tempat main kucing sebab kata owner nak keep the place hygienic.

Mainly gi sana sebab nak main nan kucing pun. So kiteorang terus bayar RM5 untuk entrance. Before masuk kiteorang diminta basuh tangan sebab nak make sure tangan bersih untuk kucing dan untuk diri sendiri. Sama jugak macam kat tempat kerja iqa, kalau any relative nak tengok patient kat ICU, kena basuh tangan dulu.

Masuk2 ada lebih kurang 10ekor cats bermacam baka. And ada yang garang and ada jugak yang tak takut orang. According to owner, diorang akan shuffle their cats tapi tak pasti bila dan berapa lama. Semua cats dalam tu ada nama sendiri dan collar masing2. Sometimes, owner akan bawak their cats masuk competition.

Baru I tahu, sadly buat cat cafe dengan bayaran masuk RM5 tak menguntungkan sangat sebab cost of nak sara seekor kucing seumpama macam jaga baby jugak. And walaupun menang dalam competition, usually prices are not in the form of duit. Tetapi dapat barang2 macam cat food bagai and of course dapat medal. But for loving cat owner, itu dah cukup memuaskan hati. Patutlah rezki orang bela makhluk Allah selalu murah kan...

Iqa suka cat cafe ni in terms of kebersihan tapi tak puas nak main2 ngan kucing sebab RM5 time limit die only for 15minutes. Owner cafe tu akan turun padang jugak sebab dialah yang akan bagi tour untuk kenal2 dengan all the cats. Sehabisnya kiteorang berselfie dengan all the cats, itupun kalau dapat, ade kucing suke nyorok je..and when kiteorang feeling hungry,tryla usha menu, makanan yang available tak banyak pilihan dan harga not so worth it. Tapi bolehla..yang penting bole tengok dan main2 dengan cats kat situ.

Kla..kalau rase2 nak main dengan kucing bolehla search, GOOD MEOWNING CAFE,KL kat waze. Salam.

"It's funny how, Pets can be as close as the appearance of their owner, don't you think so?"

SR

Comments

Popular posts from this blog

Natta Cosme Beauty Bag October

{REVIEW} Travelling in style with Supermodel's Secrets: Ke Ganu kite and it's Breastpinktober!!

Fun and safe with Dettol; pH Balanced Bodywash