{Married Monday} Pengantin design Kad Kahwin, bunting dan banner sendiri.

Assalammualaikum and Salam Maulidur Rasul buat semua saudara seislam. Bersama2lah kita memperbanyakkan selawat ke atas Baginda Rasullulah S.A.W dan moga2 suatu hari nanti kita dijemput Allah untuk melihat sendiri makam Nabi di tanah suci. InsyaALLAH.. Semalam baru je tertengok cerita pasal Nabil Ahmad pergi haji. Allahhu... rasa sayu sangat sebab diri ni belum dijemput Allah. Alangkah bertuahnya si Nabil tu dapat pergi umrah dan diusia yang muda dijemput menunaikan haji. Teringin nak pergi sana. Tengok rakan2 sekerja yang dah bekerja kat Arab semua dapat peluang jenguk makkah. Hopefully one day it's my day.
Hari nie Iqa nak share sikit pengalaman buat kad kahwin, bunting dan banner sendiri. Bukan pandai pun sebenarnya, cuma nak cut kos dan memandangkan I seorang yang banyak songeh, adalah lebih baik untuk design sendiri daripada kena kutuk dengan designer2 terkemuka. I memang minat design kartun2, tapi sayang bakat melukis tangan dan dengan PC pun tak berapa, masa jalan2 kat net terjumpa sorang minah yang pandai giler doodle guna digital software and dia pun memang buat perkhidmatan mendoodle kartun kahwin. I mintak la dia designkan kartun kahwin yang I letak kat tengah2 kad tu, dia cas RM50 sepasang doodle, dalam masa 3hari dah siap, uolls boleh mintak je camne nak kartun tu and InsyaALLAH dia boleh buat. Pas siap design dia send kartun tu via email dalam bentuk PDF. Sebabkan PDF senang nak ubah2 kaler, I pun gunakan doodle dia untuk setiap material kahwin cuma tukar kaler baju je. I letak kat kad, sticker, bunting, banner  and kat prop pun letak jugak. So, bagi I RM50 tu berbaloi jugak sebab bole pakai untuk semua dan pastikan semuanya comey2 blako.

Basically untuk design kad dan sticker, I design je guna Powerpoint, google image and google map. Pas da edit2, save image jadi JPEG and send ke printing company. Dalam 2minggu semua dah siap.

Doodle RM50 sepasang: teddy_bie87@yahoo.com

Print Kad RM230 4x6(2 lipat full color) /1000pcs: u.afham@gmail.com
(Harga tahun 2015 sebelum GST)

Satu kad jatuh 23sen je. Pastu dapat kat org masuk dalam tong sampah gak pegi die. Honestly, I suke kumpul2 kad kahwin jadikan sumber inspirasi dan idea. Maklumlah orang pertengahan berseni mmg camni. Nak kate pandai sangat pun tak. Tu yang jadi nurse, kene pandai seni and pandai science. Ececeh.

Untuk design banner dan bunting lah paling susah gila sebab kena pakai photoshop. And bagi Iqa photoshop nie payah gila nak edit benda2 sebab guna PC lembab. Hampir 10kali send design kena reject sebab size la..pixel la..kaler la.....so memang rase menyampah dah nak ulang kerja tuh. Aritu rajin sangat pun sebab nak kahwin punya pasal.I terpaksa belajar kat youtube untuk masukkan image, crop image and edit banner semua. Image yang kene amik dr google image pun kene besar baru gamba xpecah. Hasilnya Alhamdulillah...puas hati...tapi sedih sebab lepas majlis semua benda2 tu hilang. Ntah sapela rembat bawak blk.


So anyway, bile nak anta for printing, dorang mmg mintk file besar sbb kalau tak nanti print gamba pecah. Servis dorang mmg bagus sbb dorang keep on calling kalau quality printing tak memuaskan. Untuk 2 bunting size 6 kaki dan photobooth background size 8 kaki lebih, harganya lebih kurang RM130. Tapi tak termasuk delivery. Kena pickup sendiri kat tempat dorang kalau mintk poskan dorang cas RM50.

Kalau kire2 balik, sebenarnya sama jugak harga kalau orang design dan printkan. Tapi puas hati kalau dgn air tgn sendiri kot. Ke maybe murah skit buat sendiri. Entahla..tak pasti plak...papepun bolehla direct contact dorang kalau berminat nak cuba2 berseni


YL Image Graphics Sdn Bhd
No. 8, Jalan SBC 10, Taman Sri Batu Caves, 

68100 Batu Caves, Selangor D.E. Malaysia.
Email:     inkjet@yl.com.my    or     sales@yl.com.my



Klah..nak keje malam nih.pape bole komen atau email ke...

Salam.
SR

Comments

Popular posts from this blog

Natta Cosme Beauty Bag October

Fun and safe with Dettol; pH Balanced Bodywash

{REVIEW} Travelling in style with Supermodel's Secrets: Ke Ganu kite and it's Breastpinktober!!